Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak termasuk pucuk pimpinan hingga ke akar umbi teguh bersatu bagi memastikan Sarawak kekal di bawah Barisan Nasional (BN).
Katanya, cita-cita atau sebarang kepentingan peribadi tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada kejayaan BN untuk terus menerajui serta membela nasib rakyat Bumi Kenyalang.
"Tidak lama lagi kita akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak. Saya mahukan semua pihak, dari pucuk pimpinan parti hinggalah ke peringkat akar umbi, untuk kekal bersatu dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang terutama.
"Ayuh rapatkan saf, teguhkan perpaduan dan kita pastikan Sarawak kekal biru di bawah lembayung BN," katanya dalam catatan menerusi blognya NajibRazak.com.
Menerusi catatannya itu, Najib turut berkongsi pengalaman sepanjang lawatan kerja dua harinya ke Sarawak dan menzahirkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus memacu pertumbuhan negeri itu setaraf dengan kemajuan di Semenanjung.
"Projek-projek besar berpaksikan rakyat seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Jambatan Batang Sadong, penambahbaikan infrastruktur terutamanya institusi pengajian yang telah usang dan sebagainya, telah pun dimulakan dan akan terus dirancang bagi memastikan rakyat Sarawak kekal seiring bersama arus
pemodenan negara," katanya.
Perdana Menteri berkata Sarawak mempunyai potensi amat besar, dengan kombinasi tepat, dari segi sumber hasil bumi, tenaga kerja, semangat jitu rakyat dan kepimpinan berkaliber beliau yakin negeri itu dapat mencapai potensi tersebut.
Mengenai beberapa perkara dibangkitkan kerajaan negeri berkaitan penurunan kuasa, perdana menteri berkata perbincangan mengenainya berlangsung dalam suasana positif.
"Insya-Allah, proses ini, walaupun mengambil masa, adalah untuk kebaikan masa depan Sarawak dan penduduknya," tambah beliau.
Najib turut menyentuh mengenai kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang pada pengamatannya dapat diterima penduduk di negeri itu sama ada di bandar mahupun pendalaman.
"Tan Sri (Adenan) seorang pemimpin yang memahami dengan mendalam kemahuan dan keperluan masyarakat tempatan. Beginilah pemimpin yang kita mahukan, yang rakyat perlukan.
"Tan Sri juga tidak pernah segan silu untuk menyuarakan pendapat dan cadangan beliau bagi rakyat dan kerajaan negeri Sarawak kepada kerajaan Persekutuan," katanya.
Justeru, Najib berkata beliau dan Ketua Menteri akan meneruskan usaha dengan perancangan rapi bagi mempastikan Bumi Kenyalang menikmati hasil pembangunan dan kemakmuran negara secara saksama.
"Tidak kira sama ada di pedalaman atau di bandar, tidak ada sesiapa yang akan diabaikan dan ketinggalan dalam pentadbiran saya," kata Najib.
Bernama
Tue Feb 02 2016
![Najib mahu semua bersatu bagi pasti Sarawak kekal di bawah BN Najib mahu semua bersatu bagi pasti Sarawak kekal di bawah BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453700848_NajibIDC.jpg)
NAJIB: Cita-cita atau sebarang kepentingan peribadi tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada kejayaan BN untuk terus menerajui dan membela nasib rakyat Sarawak.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Najib mahu semua bersatu bagi pasti Sarawak kekal di bawah BN Najib mahu semua bersatu bagi pasti Sarawak kekal di bawah BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453700848_NajibIDC.jpg)
Najib mahu semua bersatu bagi pasti Sarawak kekal di bawah BN
Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak termasuk pucuk pimpinan hingga ke akar umbi teguh bersatu bagi memastikan Sarawak kekal di bawah Barisan Nasional.