KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menganggap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah membuat pusingan-U dalam soal menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).
Hujah Nazri, pada 29 Julai lalu, ketika pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen, Jazlan antara yang bersetuju untuk kekal menyokong PN.
Beliau juga mengulangi, hujah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuat pada Januari lalu adalah kerana mengikut perancangan kumpulan yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya mengesahkan (Ahmad) Jazlan ini seorang lagi kaki penipu kerana pada Khamis 29 Julai dalam pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di Parlimen, Jazlan antara yang setuju kekal sokong PN, tetapi selepas itu dia u-turn.
"Soal saya tarik sokongan kepada Muhyiddin pada Januari lalu.. itu dibuat atas perancangan kumpulan yang diketuai Zahid dan Najib, tetapi mereka tidak tarik sokongan hingga menyebabkan saya hilang peruntukan sebanyak RM3.8 juta.
"Saya nak beritahu Jazlan, pada bulan Mac lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah putuskan supaya kita tamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15.
"Ini bermaksud PAU dan akar umbi UMNO mahu kita terus bersama kerajaan hingga Parlimen bubar. Oleh kerana saya orang parti, sebab itu saya kembali menyokong Muhyiddin dan PN seperti dituntut oleh parti. Mana 'flip-flop'nya Jazlan?" katanya kepada Astro AWANI.
Nazri juga menjelaskan tentang sokongan yang diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.
Beliau menjelaskan, sokongan itu diberikan bertujuan menyelamatkan UMNO yang cuba diharamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.
"Oleh kerana dikatakan dalam tempoh dua tahun selepas PH menang, (Tun) Mahathir akan serahkan kepada Anwar jawatan perdana menteri.
"Jadi, saya nampak ada ruang untuk menyelamatkan UMNO kerana Dr Mahathir bersungguh-sungguh mahu mengharamkan UMNO.
"Tujuan saya berbaik dengan Anwar hanya semata-mata kerana mahu menyelamatkan UMNO, bukan macam Jazlan dan gengnya yang diketuai Zahid yang bersungguh-sungguh mahu mahu jatuhkan kerajaan hari ini kerana mahu bergabung dengan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baharu.
"Kalau bergabung dengan Anwar, maknanya bergabung dengan DAP. Jadi Jazlan kena ingat bahawa keputusan PAU 2020 juga ialah 'No Anwar, No DAP'.
Mengulas dakwan Jazlan bahawa beliau sanggup menghina dan mencaci Najib yang banyak berjasa dan berbudi, Nazri menjelaskan ini bukan soal berjasa atau tidak kepada individu.
Sebaliknya beliau menegaskan, tidak akan bersikap begitu sekiranya Najib sendiri tidak menghina dan memperlekehkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya tidak akan menghina dan mencaci Najib kalau dia sendiri tidak menghina dan memperlekehkan Ismail Sabri yang sah dilantik sebagai TPM.
"Saya tidak faham kenapa kecaman itu datang dari pemimpin UMNO. Kalau tidak puas hati dengan Muhyiddin, kecamlah Muhyiddin, kenapa kecam Ismail Sabri? Sebab itu saya bersikap kurang ajar terhadap Najib.
"Soal konon Najib banyak berjasa kepada saya... saya nak beritahu Jazlan, saya dilantik sebagai menteri atas kebolehan saya.
"Walapun saya bukan ahli MT UMNO, saya tetap dilantik sebagai menteri selama 19 tahun. Dan kena ingat, Najib naik juga kerana sokongan saya. Kesetiaan saya bukan kepada individu tetapi kepada UMNO.
"Kepada Jazlan, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan kamu duga," katanya.
Pada Ahad, Malaysiakini melaporkan Jazlan menasihati Muhyiddin agar berhati-hati dengan Nazri yang didakwa boleh menyokong sesiapa sahaja dan boleh berubah menjadi lawan dengan sekelip mata.
Irwan Muhammad Zain
Sun Aug 08 2021
Nazri menegaskan tidak akan bersikap begitu sekiranya Najib sendiri tidak menghina dan memperlekehkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.