KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut baik jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada parti itu untuk menyertai jawatankuasa yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut.
"Saya ambil jawapan Datuk Seri Anwar secara positif, akan ada perbincangan dan kita cuba selesaikan dan uruskan (perkara ini) sebaik mungkin khususnya bagi memastikan rakyat diberikan keutamaan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Anwar sebelum ini berkata MUDA dan parti lain yang menyokong Kerajaan Perpaduan akan dijemput menyertai jawatankuasa yang ditubuhkan dalam mesyuarat pertama sekretariat itu pada 7 Feb lepas.
Dilaporkan MUDA menyuarakan rasa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat itu.
Setiausaha Agung MUDA Amir Abd Hadi berkata parti itu tidak menerima sebarang jemputan termasuk melalui surat, mesej atau e-mel.
Pada mesyuarat yang diadakan di Menara Dato' Onn itu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi merangka strategi menghadapi Plilhan Raya Negeri.
Dua lagi ialah Jawatankuasa Strategi serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
![MUDA sambut baik jemputan Anwar sertai Sekretariat Kerajaan Perpaduan MUDA sambut baik jemputan Anwar sertai Sekretariat Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676381694_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq berkata bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
![PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723615822_TBAsyrafWajdi.jpg)
PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos ini tidak akan menyaksikan kehadiran pemimpin utama parti politik dalam Kerajaan Perpaduan seperti tahun lalu.
![Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723582288_Anugerah.jpg)
Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin
Katanya, sebahagian inisiatif itu termasuk bantuan perkahwinan RM500 kepada anak negeri yang mendirikan rumah tangga untuk kali pertama.
![PRK Nenggiri: Pilih wakil rakyat boleh jadi jambatan penghubung rakyat dengan kerajaan - Ahmad PRK Nenggiri: Pilih wakil rakyat boleh jadi jambatan penghubung rakyat dengan kerajaan - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Pilih wakil rakyat boleh jadi jambatan penghubung rakyat dengan kerajaan - Ahmad
DUN Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan Persekutuan supaya segala isu infrastruktur asas dapat diurus dengan lebih cekap.
![Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693605238_TBNantaLinggi.jpg)
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
![PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723533513_TBZahidHamidi.jpg)
PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan daripada BN - Ahmad Zahid
Calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Mahkota adalah daripada Barisan Nasional (BN).
![PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723194220_TBJAZLAN.jpg)
PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan
Barisan Nasional (BN) tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
![Rombakan Kabinet?- Ini jawapan Perdana Menteri Rombakan Kabinet?- Ini jawapan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723433862_AnwarIbrahim.jpg)
"Rombakan Kabinet?"- Ini jawapan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
![Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723216028_tbMajlisRamahMesra.jpg)
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
![Hutang negara dijangka menurun bermula 2027 - Rafizi Hutang negara dijangka menurun bermula 2027 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723194708_RafiziRamli.jpg)
Hutang negara dijangka menurun bermula 2027 - Rafizi
Hutang negara dijangka menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang mula berkurang.