MIC masih belum dapat membela sepenuhnya nasib masyarakat India di negara ini terutama golongan belia, ujar Pakar Rujuk Dasar Belia Malaysia, Prof Dr Sarjit Singh Gill.
Jelasnya, masyarakat India memerlukan pemimpin dinamik yang mampu menyelesaikan masalah terutama di peringkat akar umbi.
"Pada pandangan saya, MIC perlu lebih turun ke bawah mengunjungi golongan belia dan mendapatkan reaksi komuniti belia India supaya mereka boleh menzahirkan masalah-masalah yang belum selesai," katanya kepada pemberita selepas menjadi panelis Sesi Meja Bulat bertajuk "Memahami Masalah Belia Bukan Melayu di Malaysia" di Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.
Tambahnya, golongan belia India perlu didekati dengan memberikan ruang dan peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu mereka.
"Walaupun kerajaan telah tubuhkan empat unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, tetapi saya fikir perkara ini perlu dimaklumkan kepada masyarakat dan supaya belia-belia ini boleh mendekati keempat-empat agensi itu bila-bila masa kerana kebanyakan NGO belia India ini masih belum diberi sokongan yang padu oleh semua pihak.
"Dengan adanya lebih banyak geran dana daripada kerajaan khususnya dua agensi utama, maka ia boleh diberikan kepada NGO India itu," kata beliau.
Bagaimanapun katanya, kebajikan belia kaum India di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih terbela berbanding semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Memang jauh berbeza dari segi kepimpinan Datuk Seri Najib yang memberikan bantuan dan komitmen terhadap masyarakat India berbanding kepimpinan zaman Tun Dr Mahathir kerana ketika itu Tun Mahathir menyalurkan dana kepada MIC. Namun yang ini kepada agensi di JPM," tambahnya.
Pendekatan Perdana Menteri itu juga disifatkan berkesan dalam menyalurkan dana kepada masyarakat India.
"Namun, yang paling penting dana itu ditambahkan. Jadi saya rasa kepimpinan Perdana Menteri sangat komited untuk membantu masyarakat India dan minoriti yang lain," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah melibatkan masyarakat minoriti termasuk Orang Asli, Sabah dan Sarawak.
"Langkah ini penting bagi menyusun dan merencanakan satu sistem yang lebih berstruktur melibatkan masyarakat berkenaan," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Tue Oct 11 2016

PROF SARJIT: Golongan belia India perlu didekati dengan memberikan ruang dan peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu mereka. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Belia India berhak dapat masa depan yang cerah - Vigneswaran
Belia masyarakat India berhak menikmati masa depan yang lebih baik di negara ini, kata Presiden MIC, Tan Sri SA. Vigneswaran.

UPM bantu belia India jadi usahawan tani
Program bertujuan melahirkan usahawan tani yang berpengetahuan tinggi pertanian dalam kalangan belia masyarakat India.

MIC masih belum dapat bela sepenuhnya nasib belia India
MIC masih belum dapat membela sepenuhnya nasib masyarakat India di negara ini terutama golongan belia, kata Prof Dr Sarjit Singh Gill.