SERDANG: Seramai 40 orang belia India telah berjaya menamatkan latihan usahawan tani selama sebulan di bawah Program Pembangunan Agropreneur: Connecting Agri Needs (CAN).
Program ini dianjurkan oleh Fakulti Pertanian dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Kementerian Perpaduan Negara.
Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan tani yang berpengetahuan tinggi pertanian dalam kalangan belia masyarakat India dan memilih pertanian sebagai kerjaya.
Terdapat 5 modul yang ditawarkan sebagai pilihan di antaranya adalah modul fertigasi cili, penanaman cendawan, penternakan kelulut, penternakan ikan tilapia dan penternakan ayam. Bukan teori semata-mata tetapi latihan di lapangan secara praktikal turut ditekankan dalam program ini.
Peserta berpeluang untuk merasai pengalaman sebenar di lapangan dan turut di bawa melawat ke beberapa lokasi industri yang telah berjaya.
Peserta program ternakan ayam, Vasanthan A/L Kaliappan berkata, latihan lapangan di ladang UPM ini sangat penting kerana dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas dalam sesuatu modul.
''Malah, pengalaman kami melawat MARDI dan ladang industri di kawasan sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor adalah satu pengalaman yang baik. Bukan mudah untuk kita pergi sendiri melawat ladang industri jika sekadar suka-suka”, kata beliau.
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata, sebagai sebuah universiti yang memfokuskan pertanian, peserta telah mendapat khidmat kepakaran daripada pegawai akademik dan bukan akademik di UPM secara langsung.
''Justeru itu, tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsikan perlu dipraktikkan dalam perniagaan masing-masing,'' kata beliau semasa berucap merasmikan majlis penutup dan telah menyampaikan sijil kepada para peserta.
Menurut Tuah, sebagai sebuah universiti yang mempunyai ekosistem pertanian, kami amat menggalakkan untuk lebih ramai komuniti luar datang ke UPM untuk belajar dan mendapatkan khidmat kepakaran daripada UPM sebagaimana selaras dengan konsep Universiti Untuk Masyarakat”.
“Jika program pada kali ini memfokuskan kepada 5 bidang pilihan iaitu fertigasi, cendawan, kelulut, akuakultur dan ternakan ayam, mungkin pada masa akan datang boleh di tambah lagi beberapa program baharu yang mempunyai “demand” dalam pasaran dan lebih terbuka kepada idea menggunakan teknologi moden untuk meningkatkaan produktiviti”, ujarnya lagi. - DagangNews.com
Dagang News
Sun Feb 20 2022

Latihan di lapangan secara praktikal di bawah bimbingan pakar pertanian UPM. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.

Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.

Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.

Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.

Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.