MELAKA: MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangankan.
Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, cadangan berkenaan melibatkan bukan hanya kerusi tradisi MIC tetapi juga kawasan yang mempunyai peratusan tinggi untuk parti itu menang.
"Kami ingin peluang bertanding... bermakna ada juga kesempatan untuk (meraih) kemenangan. Pasal apa kita nak buang duit, buang masa semua kalau kita tidak boleh bertanding, tidak boleh menang.
"Takkan kita hanya bertempur di Parlimen kita (kerusi tradisi MIC) sahaja... bagaimana dengan Parlimen-Parlimen UMNO? Dalam urusan keluarga BN, saya pasti mereka akan mempertimbangkan hal ini," katanya kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan MIC Negeri Melaka, di sini, lewat malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Pengerusi MIC Melaka, V.P. Shanmugam.
Vigneswaran berkata, sebagai contoh sebelum ini, MIC menyerahkan Cameron Highlands yang merupakan kerusi Parlimen tradisi parti berkenaan kepada UMNO pada Pilihan Raya Kecil 2019 untuk memastikan kemenangan BN.
Dalam pada itu, beliau berkata, MIC masih membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin ditandingi MIC dan senarai kerusi itu akan diserahkan kepada kepimpinan BN dalam masa terdekat.
Mengulas mengenai persediaan MIC bagi menghadapi PRU15, Vigneswaran berkata, jentera parti itu di peringkat cawangan dan negeri akan bergerak lebih agresif bagi memastikan kemenangan BN. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk dipertimbangankan, kata Tan Sri S.A. Vigneswaran. - Gambar BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.