KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut sedang berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.
BN melalui siaran di Facebook rasmi pada Selasa memaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi memuktamadkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam membentuk kerajaan Persekutuan.
Pertemuan itu adalah bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ketua-ketua parti yang memiliki majoriti terbanyak itu perlu memaklumkan perkara tersebut kepada Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebelum diserahkan kepada Istana Negara.
Beberapa pimpinan parti Barisan Nasional (BN) dilihat memasuki Menara Dato' Onn pada Selasa sejak jam 9.40 pagi.
Antara yang hadir adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon. -Sinar Harian
Astro Awani
Tue Nov 22 2022

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut sedang berlangsung di Menara Dato' Onn. -Foto Facebook BN

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung
BN melalui siaran di Facebook rasmi pada Selasa memaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pasca PRU15: Ahli BN mula tiba di Menara Dato' Onn
Kehadiran mereka dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual berlangsung pada pukul 11 pagi.

PRU15: BN arah persiapan jentera di peringkat Parlimen dan DUN
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini telah mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini batal
Difahamkan, Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran terlebih awal membatalkan kehadirannya kerana tidak sihat.

BN akan terus dipertahankan agar kekal relevan, kata MCA dan MIC
Barisan Nasional (BN) akan terus dipertahankan agar kekal relevan dan mampu melakukan sesuatu kepada rakyat.

Beri keutamaan kepada akar umbi terlebih dahulu - Hishammuddin
Sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional (BN) meletakkan kepentingan akar umbi untuk kekal relevan kepada rakyat.