KUALA LUMPUR:Sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional (BN) meletakkan kepentingan akar umbi untuk kekal relevan kepada rakyat.
Demikian jelas Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.
Ujarnya, kepentingan dan suara akar umbi amat penting dan perlu diambil perhatian berbanding persahabatan dengan parti lain.
"Ini menunjukkan bahawa kalau kita mampu menunjukkan kepimpinan, keikhlasan, kejujuran dalam apa kita lakukan dan buktikan pada rakyat... akhirnya rakyat akan tentukan jatuh bangun kita.
"Kalau itu kita dapat buktikan kepada rakyat, saya rasa BN boleh keluar daripada keadaan hari ini kepada keadaan yang lebih kuat.
"Itu semua kemungkinan dan tidak perlu kita tentukan hari ini, yang penting akhirnya kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. Kita kena jaga rumah tangga kita dulu," katanya.
Jelasnya, meskipun terdapat perbezaan pendapat namun BN perlu bergerak bersandarkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.
Mengulas mengenai sokongan terhadap Belanjawan 2021, tambahnya pendirian BN tetap sama iaitu sokongan bersyarat seperti mana yang dikatakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
"BN dah buat keputusan, parti dah buat pendirian, saya tidak tahu apa akan berlaku Khamis (penggulungan Belanjawan 2021) ini.
"Ikut perkembangan terkini, saya tengok tiada perubahan, apa yang ditegaskan dan diumumkan oleh parti.
"Jika sesuatu berlaku? Kalau sesuatu berlaku, we cross the river when we reach the bridge," katanya lagi.
Terdahulu Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung jam 9.00 malam Isnin dan berakhir kira-kira dua jam selepas itu.
Fareez Azman
Mon Nov 23 2020

HISHAMMUDDIN: Kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.