SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil membidas tindakan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa yang menyebarkan maklumat yang tidak jelas.
Beliau mempersoalkan hantaran Annuar di Facebook yang berkongsi gambar keratan berita kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada 2014 yang mahu umat Islam menghormati murtad.
Gambar berkenaan juga mengandungi soalan Parlimen yang meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana perkahwinan seorang warganegara Malaysia beragama Islam yang berkahwin dengan seorang bukan Islam di luar negara secara sah apabila balik ke Malaysia dapat diktiraf di Malaysia.
Fahmi berkata, laporan tersebut bukan merupakan berita terbaharu.
"Kenapa tak tulis tarikh berita Ngeh Koo Ham itu dari 2014? Itu bukan berita sekarang, kenapa tak tulis supaya jelas?
"Soalan Parlimen itu bertarikh 8 Jun, dan memang sudah ada jawapan dari Menteri Agama pun. Boleh cari dalam website Parlimen pun. Kenapa tak masukkan sekali jawapan Menteri?," soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Dalam hantaran sama, Fahmi turut memuat naik salinan jawapan pada soalan Parlimen berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, perkahwinan yang melibatkan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tidak dibenarkan dan tidak diktiraf di bawah undang-undang.
Subseksyen 3(3), Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) memperuntukkan bahawa Akta tersebut tidak terpakai bagi seseorang Islam atau bagi mana-mana orang yang berkahwin di bawah undang-undang Islam dan tiada perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta tersebut.
Sehubungan itu, Fahmi mengingatkan agar setiap maklumat yang diperoleh di media sosial disahkan sebelum disebarkan.
"Jangan hingga kita terlibat menyebar fitnah ciptaan pihak tak bertanggungjawab.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan terus pantau dan bertindak, terutama untuk tangani isu 3R (raja (royalty) agama (religion) dan kaum (race)," katanya.
Sebelum itu, Annuar dalam hantaran yang dinyatakan berkata: "Lagi.... Nah Sekarang ada tukang pencuci kan?... Sila cuci," tulisnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 11 2023

Fahmi mempersoalkan hantaran Annuar di Facebook yang berkongsi gambar keratan berita kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada 2014 yang mahu umat Islam menghormati murtad. - Fail/Bernama

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat - Fahmi
MCMC sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.