Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan tiada usul menolak kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Hishammuddin yang merupakan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang usul yang menolak kepimpinan Najib selaku Presiden dan juga Perdana Menteri.
"Saya merupakan Pengerusi (Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO) dan saya boleh sahkan bahawa tiada langsung usul sedemikian atau yang berkaitan diterima daripada bahagian.
"Tiada kemestian untuk mereka (bahagian) kemukakan usul menyatakan sokongan. Jika mereka mahu sokong, mereka sokong...tetapi apa yang lebih penting adalah ada atau tidak bahagian yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib," kata Hishammuddin kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Pihaknya juga menerima usul kenyataan daripada 132 bahagian yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Najib.
Selain itu katanya, UMNO akan menganjurkan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah pada 24 November ini bagi meneliti 513 usul daripada 738 usul yang diterima pihaknya.
"Melalui konvensyen ini akan kita akan fikirkan satu resolusi yang akan kita bawakan kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Usul Majlis Tertinggi yang akan dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
"Ini bermakna perjalanan kita tahun ini lebih rapi, lebih teliti, lebih inklusif dan saya harap lebih relevan kepada perjuangan hakiki UMNO dan saya puas hati setakat hari ini dengan apa yang telah dilakukan," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi konvensyen tersebut yang bakal menghimpunkan 600 peserta termasuk cendekiawan akademik, ulama, belia, badan bukan kerajaan (NGO), individu yang terlibat dalam sektor ekonomi termasuk agensi kerajaan.
"Ini (konvensyen) merupakan satu platform yang akan memberikan ruang dan peluang kepada pelbagai lapisan pihak berkepentingan. Maknanya ini bukan platform untuk ahli UMNO semata-mata.
"Platform ini akan menjadi proses kepada mereka untuk berbahas dan berbincang berkenaan agenda rakyat melibatkan ekonomi, Islam, pendidikan dan wanita yang juga dekat dengan rakyat," kata Asyraf.
Mengulas berkenaan usul yang diterima kepimpinan parti itu, Setiausaha Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya menerima sebanyak 738 usul di mana 513 usul perlu tindakan lanjutan sekaligus akan dibincangkan di peringkat konvensyen.
"Daripada 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia, 170 bahagian telah kemukakan usul. Daripada 513 usul yang akan dibahas, 96 usul berkaitan politik, sosial (91), pendidikan (88), ekonomi (81), agama (58), pindaan perlembagaan (5) dan lain-lain 94," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 19 2015
![Menjelang Perhimpunan Agung UMNO: Tiada usul tolak Najib akan dibahas - Hishammuddin Menjelang Perhimpunan Agung UMNO: Tiada usul tolak Najib akan dibahas - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439640664_HishammuddinHussein.jpg)
Pihaknya juga menerima 132 usul yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Najib selaku Presiden yang juga Perdana Menteri. - Gambar Fail
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi 38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721211198_BNPLabs.jpg)
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
![Isu kewarganegaraan: Jangan samakan saya dengan Hishammuddin - Saifuddin Isu kewarganegaraan: Jangan samakan saya dengan Hishammuddin - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711380841_TBSaifuddinNasution.jpg)
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
![Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708480609_TBTaibMahmudjpg.jpg)
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
!['Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin 'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698301699_Hishammuddin.jpg)
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
![Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697065525_TBH.jpg)
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
!['Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin 'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692566635_HishammuddinHussein.jpg)
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
![PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691334494_HarrisonJeram.jpg)
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
![Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686560014_TBHishammuddin.jpg)
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
![Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686312243_TBkj.jpg)
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
![Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686053547_TBHishamuddin.jpg)
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
![Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685978481_UMNOsindir.jpg)
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).