DUNGUN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dicabar untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan yang didakwa dijual kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau mencabar pemimpin utama negeri itu untuk berhujah bagi membuktikan tindakan yang dilakukan itu tidak menyalahi undang-undang.
"Betul kalau dia kata ikut saluran undang-undang masuk mesyuarat semua. Tetapi, adakah logik harga tanah bernilai RM29 juta dijual pada harga RM500,000.
"Bagi saya itu satu pengkhianatan kepada rakyat Terengganu. Saya cabar Menteri Besar (Ahmad Samsuri) berdebat dengan saya.
"Saya sendiri pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah bahagian tanah, beribu-ribu keping geran tanah saya pernah tandatangan, saya tahu undang-undang dan peraturan tanah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) BN Parlimen Dungun di Dataran Piramid Bukit Besi, di sini malam Sabtu.
Menurut Ahmad Said, isu berkenaan telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini namun belum ada sebarang tindakan berhubung perkara itu.
"SPRM diminta segera mengambil tindakan, jika tidak kewibawaan SPRM akan dipertikaikan oleh rakyat. Begitu juga berkaitan dengan hal balak, hal emas. Kenapa tak siasat dan tidak dakwa?
"Kita minta buktikan sebagaimana kita bawa ke mahkamah kes rasuah melibatkan agihan wang kepada pengundi. Mereka (Pas) kata sedekah, ini bukan soal sedekah. Ini soal wang itu diberikan dalam tempoh pilihan raya," katanya.
Menurut Ahmad Said, selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999, Pas telah memberi tanah itu kepada sebuah koperasi dan selepas BN kembali memerintah pada 2004, tanah itu diambil semula dengan nilai RM6.7 juta.
"Kalau ikutkan nilai tanah itu RM6.7 juta, premium yang sepatutnya dikenakan kira-kira lapan peratus. Apatah lagi dia (kerajaan Pas) nilai tanah itu RM5.5 juta dan mengarah tanah itu dibayar sebanyak RM550,000.
"Sedangkan nilai semasa tanah itu yang dibuat kerajaan bernilai RM29 juta. Adakah itu ikut peraturan? Nilai RM29 juta kamu beri hanya RM550,000... mana modal kerajaan?... ini duit rakyat, pengkhianatan kepada rakyat," tegas beliau.
Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, penjualan tanah tanah kerajaan negeri bernilai RM29.3 juta kepada sebuah NGO itu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada di Terengganu.
Sebelum ini tular isu penjualan tanah seluas 11,299 meter persegi berdekatan bangunan Badan Perhubungan Pas Terengganu didakwa dijual kepada sebuah NGO dengan bayaran premium RM500,000.
Turut ditularkan di media sosial ialah dokumen berkaitan penjualan tanah itu yang dikatakan tidak disokong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan bertentangan dengan harga premium yang sepatutnya dikenakan sebanyak RM5.87 juta, namun didakwa dikurangkan kepada RM500,000.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, penjualan tanah tanah kerajaan negeri bernilai RM29.3 juta kepada sebuah NGO itu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada di Terengganu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023

Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau mencabar pemimpin utama negeri itu untuk berhujah bagi membuktikan tindakan yang dilakukan itu tidak menyalahi undang-undang. - Gambar fail

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.

MB Terengganu dicabar debat isu jual tanah murah
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dicabar untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan yang didakwa dijual kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

JPM nafi hantaran tular 'PM mohon maaf kepada MB Terengganu'
JPM menafikan hantaran tular di Twitter bertajuk 'Terkini - Beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Shamsuri kerana hadir ke Terengganu tanpa makluman kepada kerajaan negeri.

Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.

Isu MB Terengganu: Polis akan panggil beberapa individu untuk rakam keterangan
Polis sudah buka kertas siasatan dan akan merakam percakapan dalam masa terdekat dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dilakukan.

PKP: Tiada tindakan lanjut terhadap MB Terengganu - Ketua Polis Negeri
Tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan sekumpulan individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, ya

Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.

'Selesai molek-molek, jumpa sendiri MB,' saran bapa Azizulhasni
Awang Muda berkata beliau masih lagi terkejut dengan tindakan anaknya itu setelah dimaklumkan pihak lain.

MB Terengganu minta henti sebar berita palsu bersumberkan Bernama
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan mengelirukan orang ramai sekaligus mengganggu-gugat kestabilan negeri Terengganu.