KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan memanggil dan merakam keterangan beberapa individu susulan laporan yang dibuat Setiausaha Politik Menteri Besar berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal mengaitkan pemimpin itu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, susulan laporan itu, satu kertas siasatan telah dibuka.
Menurut Rohaimi, pihaknya akan merakam percakapan dalam masa terdekat dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dilakukan.
“Kita buka siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Komunikasi iaitu Akta 233, tapi terlalu awal untuk menceritakan mengenai perkembangan ini… kita akan panggil (siasatan) benda itu (laporan) baru berlaku semalam jadi kita akan panggil (beberapa individu),” kata beliau pada Rabu.
Pada Selasa, Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak betul.
Jelas Muhyiddin, kandungan laporan bertajuk ‘MB Terengganu tergugat, borang aku janji berkanun kini tersebar’ itu berniat jahat terhadap kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Portal berkenaan melaporkan kedudukan Ahmad Samsuri kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.
Satu borang “surat akuan berkanun” sudah disediakan untuk membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar.
Surat akuan berkenaan didakwa disediakan untuk ADUN kedua-dua parti sama ada dari Pas yang mempunyai 22 ADUN ataupun umno yang mempunyai 10 wakil rakyat.
Astro Awani
Wed Jun 09 2021

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan merakam percakapan dalam masa terdekat dan siasatan lanjut berhubung laporan sebuah portal mengenai kedudukan Datuk Seri Samsuri Mokhtar sedang dilakukan. - Gambar fail
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.

MB Terengganu dicabar debat isu jual tanah murah
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dicabar untuk berdebat berhubung isu penjualan tanah kerajaan yang didakwa dijual kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

JPM nafi hantaran tular 'PM mohon maaf kepada MB Terengganu'
JPM menafikan hantaran tular di Twitter bertajuk 'Terkini - Beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Shamsuri kerana hadir ke Terengganu tanpa makluman kepada kerajaan negeri.

Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.

Isu MB Terengganu: Polis akan panggil beberapa individu untuk rakam keterangan
Polis sudah buka kertas siasatan dan akan merakam percakapan dalam masa terdekat dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dilakukan.

PKP: Tiada tindakan lanjut terhadap MB Terengganu - Ketua Polis Negeri
Tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan sekumpulan individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, ya

Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.

'Selesai molek-molek, jumpa sendiri MB,' saran bapa Azizulhasni
Awang Muda berkata beliau masih lagi terkejut dengan tindakan anaknya itu setelah dimaklumkan pihak lain.

MB Terengganu minta henti sebar berita palsu bersumberkan Bernama
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan mengelirukan orang ramai sekaligus mengganggu-gugat kestabilan negeri Terengganu.