Pemimpin UMNO di pelbagai lapisan menyambut baik tindakan bekas naib presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan UMNO, sekali gus mengukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 khususnya di Selangor.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata penyertaan semula Muhammad dalam UMNO menjadi suntikan semangat untuk UMNO negeri berjuang memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang dan menawan semula Selangor.
"Kami UMNO Selangor mengalu-alukan kehadiran semula bekas pemimpin hebat di Selangor... walaupun Tan Sri (Muhammad) sebelum ini di sebelah sana (bersama pembangkang). Hubungan kami masih akrab dan saya percaya Tan Sri akan naikkan semangat kami untuk tawan semula Selangor," katanya kepada pemberita susulan pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Muhammad kembali ke pangkuan UMNO, pada Ahad.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kembalinya bekas pemimpin parti kepada UMNO menunjukkan wujud kesedaran bahawa agenda besar parti dan negara adalah jauh lebih penting berbanding agenda individu.
Katanya Muhammad, yang pernah menyandang pelbagai jawatan termasuk sebagai Ketua Penerangan UMNO dahulu, sedar perjuangan untuk rakyat adalah lebih bermakna jika berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional, selepas lima tahun mencuba melalui platform PAS dan PKR.
BACA: 'Mat Taib' kembali sertai UMNO
"Jadi bagi pihak parti, kita alu-alukan apa sahaja yang boleh membawa solidariti dan kekuatan politik kepada UMNO dan negara ini. Harap-harap akan ada lebih ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang kembali (ke pangkuan parti) kerana pintu UMNO sentiasa terbuka kepada semua," katanya.
Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Muhammad membuktikan tiada parti alternatif yang ikhlas memperjuangkan rakyat terutamanya Melayu dan Islam selain Umno.
"Dalam tempoh bersama pembangkang sudah pasti beliau (Muhammad) faham bahawa sebenarnya pembangkang langsung tidak mempunyai agenda untuk membangunkan rakyat serta memperkukuhkan islam," katanya.
Ismail Sabri berkata perkembangan positif ini membuka peluang cerah kepada Umno di Selangor untuk rakyat mempertimbangkan siapa sebenarnya yang berada di landasan tepat untuk memimpin kerana Muhammad antara tokoh pemimpin yang berjasa.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata keputusan Muhammad membuktikan bahawa perjuangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara masih relevan dan bekas Naib Presiden UMNO itu sendiri mengakui perbezaan intipati perjuangan parti pembangkang yang dianggapnya sia-sia.
Mat Nadzari berkata UMNO dan BN Selangor akan bekerja rapat dengan Muhammad dan berkongsi pengalamannya semasa berada di luar parti dalam menggembleng usaha untuk meraih kepercayaan rakyat di negeri itu.
Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Dr Mohamed Satim Diman pula berkata kedudukan dan pengalaman politik Muhammad ketika bersama-sama pembangkang dilihat sebagai kelebihan kepada BN untuk mengatur gerak kerja supaya lebih kemas dan padu.
Beliau berkata pengalaman politiknya boleh dijadikan strategi jentera parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan majoriti kepada BN khususnya di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Di MACHANG, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata beliau yakin lebih ramai anggota yang meninggalkan UMNO sebelum ini, akan kembali menyertai parti itu.
Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ini kerana bekas anggota UMNO akan sedar tiada parti lain yang benar-benar memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara seperti yang dilakukan UMNO sejak sekian lama.
"Jika mereka benar-benar ingin melihat kemajuan bangsa, keamanan dan keharmoninan yang berterusan mereka tiada pilihan lain selain menyertai UMNO semula," katanya pada Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Jalur Gemilang Disanjung di sini, pada Ahad.
Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub dalam kenyataan semalam berkata kesedaran Muhammad bahawa pembangkang gagal memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu sudah cukup membuktikan jiwa dan perjuangan beliau bersama UMNO kerana hanya parti itu yang dapat membela kaum itu.
"Veteran yakin kepulangan Muhammad ke dalam UMNO akan membantu UMNO Selangor dalam usaha untuk memenangi dan menawan kembali negeri itu dari PKR dalam PRU14.
"Beliau masih mempunyai pengaruh dan pengikut yang setia yang akan membantu kemenangan BN di Selangor nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada Ahad bahawa Muhammad kembali ke pangkuan UMNO. - Gambar fail
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.