Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sudah mula ditunaikan secara berperingkat, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau faham bahawa rakyat tidak sabar menunggu dan mahukan segala janji diselesaikan segera, namun beliau meminta rakyat bersabar.
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk rakyat menghakimi kerajaan yang baharu sembilan bulan mengambil alih pemerintahan negara hanya kerana kegagalan melaksanakan semua manifestonya.
"Kita (kerajaan PH) sudah mula memberi dan menyampaikan segala bentuk bantuan dan pertolongan kepada rakyat yang memerlukan.
"Sembilan bulan (memerintah) bukan satu tempoh lama, ini bukan hendak memberi alasan tetapi bagi menjelaskan (bahawa) rakyat harus memberi ruang yang munasabah kepada kerajaan PH," katanya ketika berucap pada Malam Kebudayaan Harapan Semenyih di Bandar Rinching di sini, malam tadi.
Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berada di sini, berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas Kuan Chee Heng.
Pengundian DUN Semenyih akan diadakan Sabtu ini. Kerusi Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 27 2019
MUHYIDDIN: Sembilan bulan bukan satu tempoh lama, ini bukan hendak memberi alasan tetapi bagi menjelaskan rakyat harus memberi ruang yang munasabah kepada kerajaan PH. - Gambar fail
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rasionalisasi subsidi bahan api perlu pendekatan terkini, dilaksana berperingkat - Kian Ming
Kerajaan dicadangkan untuk melihat pendekatan yang lebih terkini dalam merasionalisasikan program subsidi dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat.
Gangguan air di Kuala Lumpur dijangka pulih hari ini
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah hari ini.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksana secara berperingkat
Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.
COVID-19: New York ambil pendekatan berhati-hati sebelum buka ekonomi
Pemimpin-pemimpin negeri harus telus tentang jumlah kes positif dan kematian yang akan meningkat susulan tindakan berkenaan.
Pemulihan bekalan air akibat pencemaran diesel pada tahap 77 peratus
Pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor susulan pencemaran diesel mencapai tahap 77 peratus setakat jam 6 pagi Selasa.
Manifesto PH mula ditunaikan secara berperingkat
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau faham bahawa rakyat tidak sabar menunggu dan mahukan segala janji diselesaikan segera, namun beliau meminta rakyat bersabar.
Tiada cuti sekolah berperingkat, kata Mohamaddin
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat mengikut negeri hanya pandangan peribadi timbalannya.