Bekas calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof berhasrat untuk bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, lapor Harian Metro.
Namun, warga emas berusia 99 tahun dan dikenali sebagai Tok Mun itu menjelaskan hajat bertanding pada PRU14 itu hanya akan tercapai jika mempunyai wang yang cukup untuk menjadi calon dan berkempen.
"Tok masih tidak serik untuk bertanding. Kalau ada pitih (wang) berasa nak juga masuk bertanding sekali lagi," katanya.
Pada pilihanraya umum 2008 dan 2013, Maimun memberitahu, beliau menghabiskan kira-kira RM60,000 untuk menjadi calon dan berkempen namun tewas dan hilang wang pertaruhan.
Pada PRU 2008, Tok Mun menjadi perhatin ramai apabila bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Kuala Terengganu dan menjejaskan peluang Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang ketika itu bertanding atas tiket Pas. Ketika itu, calon Barisan Nasional (BN) Razali Ismail menang dengan 628 undi.
Pada 2013, Tok Mun sekali lagi bertanding di kerusi parlimen yang sama namun tewas dengan hanya memperolehi 182 undi.
Kerusi parlimen Kuala Terengganu kini disandang oleh Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menang pada PRU13 atas tiket Pas.
Astro Awani
Fri Jan 19 2018
Penyertaan Maimun pada PRU12 di kerusi parlimen Kuala Terengganu dikatakan menjejas peluang Mohamad Sabu. - Gambar Beritasini.com
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Kakitangan hospital didakwa cuai, bayi perempuan jatuh dari atas katil
DESC: Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
DESC: Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Dua saspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
#MalaysiaMemilih: Warga emas usia 99 tahun mahu bertanding lagi pada PRU14
Pada dua pilihanraya umum yang lalu, Tok Mun berbasikal untuk berkempen.