Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyatakan sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri demi kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Lau menerusi satu kenyataan pada Selasa, meluahkan rasa kesal dengan keadaan ketidaktentuan politik dalam negara.
“Negara perlu diterajui dan pentadbiran kerajaan tidak boleh terhenti. Ia akan memberi impak yang besar pada ekonomi negara.
“Malah, makluman yang diterima berkaitan prestasi saham negara semalam juga akan turut terkesan. Oleh yang demikian, kerajaan perlu segera pulihkan situasi ini dalam tempoh yang singkat.
"Dan dengan itu, Gerakan menyokong penuh Dr Mahathir untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri negara demi memulihkan dan menstabilkan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, memandangkan Dr Mahathir telah mendapat sokongan daripada parti pembangkang untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri, beliau boleh membentuk kerajaan gabungan untuk menstabilkan keadaan negara sehingga pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, Lau juga mengingatkan bahawa negara ini masih lagi terkesan dengan penularan wabak koronavirus COVID-19.
Beliau berkata, peniaga dan rakyat sedang menanti pakej rangsangan ekonomi yang dijanjikan kerajaan demi meringankan beban perniagaan dan ekonomi selain mengurangkan tekanan hidup masyarakat.
“Oleh itu, Dr Mahathir perlu segera bentuk kerajaan untuk kelangsungan pentadbiran kerajaan negara,” katanya.
Beliau turut menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk terus menjaga keamanan negara dan memberi khidmat terbaik demi ketenteraman awam manusia sejagat.
Lau juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan menimbulkan kekacauan dalam negara.
Selain itu, beliau menyuarakan kekaguman dengan kesabaran rakyat sepanjang dua hari ini dalam menghadapi ketidaktentuan politik dalam negara.
Isabelle Leong
Tue Feb 25 2020

LAU: Dr Mahathir perlu segera bentuk kerajaan untuk kelangsungan pentadbiran kerajaan negara. - Facebook Dominic Lau

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Gerakan alu-alukan MUDA sertai PN
Menurutnya, pendirian MUDA melawan rasuah dilihat seiring dengan prinsip PN yang dibawa selama ini.

'Pertelingkahan DAP, UMNO tidak sepatutnya dipanjangkan' - Dominic
Gesaan Pemuda UMNO agar DAP membuat permohonan maaf kepada UMNO adalah wajar dan munasabah.

PRU15: Gerakan pertaruh 80 peratus muka baharu
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan mempertaruhkan 80 peratus muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Gerakan masih sokong penuh Muhyiddin terajui PN - Dominic
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata parti itu tidak berputus asa dan akan terus bersama PN bagi membela nasib rakyat dalam PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Politik Melaka: Tidak wajar PRN diteruskan - Gerakan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak wajar diteruskan.

Gerakan lancar pemukiman susun strategi hadapi PRU15
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dominic Lau Hoe Chai melancarkan pemukiman parti itu hari ini untuk membincangkan strategi yang akan digunakan pada PRU15.

Gerakan berhasrat sertai Perikatan Nasional - Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN), yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malaysia 2020: Gerakan sokong Tun Mahathir demi kestabilan negara
Katanya, memandangkan Dr Mahathir mendapat sokongan pembangkang untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri, beliau boleh membentuk kerajaan gabungan untuk menstabilkan keadaan negara.

Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.