KUALA TERENGGANU: Luqman Long mengesahkan telah mengosongkan jawatan Ketua Penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semasa mesyuarat parti berkenaan pada Jumaat.
Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan ikrarnya sebelum ini untuk melepaskan jawatan sekiranya gagal mendapatkan semula deposit dalam pilihan raya negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar pada 12 Ogos lepas.
"Terima kasih Muda. Saya telah mengosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda pada mesyuarat parti semalam di Bilik Gerakan Muda, Petaling Jaya, Selangor.
"Penerangan Muda adalah biro yang paling rencam dan aktif, menguruskan tiga siri pilihan raya dan urus tadbir yang disokong misi raih dana.
"Untuk Muda, cabaran besar baru bermula. Fokus kepada budaya kerja yang cemerlang, politik baru yang matang dan angkat lebih ramai orang muda untuk memimpin," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Luqman turut berterima kasih atas kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan parti berkenaan.
"Terima kasih atas amanah dan tanggungjawab yang dihulur kepada saya. Kerja sungguh-sungguh!" ujarnya.
Pada 31 Julai lepas, Luqman yang juga calon Muda di DUN Bandar memaklumkan bahawa beliau bersedia melepaskan jawatan dalam kepimpinan parti jika gagal mendapatkan semula deposit dalam PRN.
Luqman berani berikrar secara terbuka untuk melepaskan jawatan kerana serius mahu menggalas cabaran bertanding sebagai calon di Terengganu.
Pada 12 Ogos lepas, percubaan sulung Luqman untuk berada di DUN Bandar gagal apabila hanya memperoleh 372 undi.
DUN Bandar kekal milik Pas menerusi penyandang, Ahmad Shah Mohamed yang turut menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Armi Irzan Mohd dengan majoriti 2,364 undi.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 19 2023

Luqman Long mengesahkan telah mengosongkan jawatan Ketua Penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semasa mesyuarat parti berkenaan pada Jumaat. - Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.

Luqman kosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda
Luqman Long mengesahkan telah mengosongkan jawatan Ketua Penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semasa mesyuarat parti berkenaan pada Jumaat.

PRN: 'Empat parti di bawah satu bumbung? Tiada masalah' - Calon MUDA DUN Bandar
Tiada sebarang perselisihan faham walau berbeza parti politik meskipun dia, ayah, ibu dan abangnya penyokong empat parti berbeza, kata Luqman.

PRN: MUDA mahu menongkah arus gelombang hijau di Terengganu
Mereka mahu mengetepikan stigma terhadap parti baharu serta berpegang terhadap kemahuan rakyat yang akan diterjemahkan pada 12 Ogos nanti.

Luqman sahkan letak jawatan pegawai khas Hannah Yeoh
Luqman dilantik bagi jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) pada Disember tahun lalu susulan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Poster provokasi: Ketua Penerangan Muda mohon maaf, sedia terima tindakan
Luqman berkata, pihaknya menyedari poster itu menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi prinsip jelas dalam parti.