KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baharu Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau menerima lantikan itu sebagai 'taklif' atau tanggungjawab dan bukan 'tashrif' atau keistimewaan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi di samping menyantuni dan mengangkat kearifan tempatan.
"Kini tiba masanya untuk PKR Sabah fokus memperjuang hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia MADANI yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.
"Saya menyeru pucuk pimpinan parti di seluruh Sabah untuk merapatkan saf perjuangan dan berpadu di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi mengangkat martabat rakyat serta negara yang tercinta," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan malam tadi mengumumkan pelantikan Mustapha manakala penyandang jawatan itu sebelum ini, Datuk Dr Sangkar Rasam, adalah antara yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti yang baharu.
Sementara itu, Mustapha berkata PKR Sabah akan terus memberi komitmen untuk memastikan kestabilan politik Negeri Di Bawah Bayu sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Beliau berkata konvensyen khas PKR Sabah dan program pemantapan jentera akan diadakan dalam masa terdekat secara berkala sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Mustapha berkata PKR Sabah akan terus memberi komitmen untuk memastikan kestabilan politik Negeri Di Bawah Bayu sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan. - Gambar fail
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
PKR Sabah susun semula Majlis Pimpinan Negeri
Ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR negeri serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
PKR Sabah harap tanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN setiap Parlimen - Pengerusi
Datuk Dr Sangkar Rasam berkata harapan itu disuarakan dengan hasrat supaya parti itu tidak dilihat disisihkan di Sabah.
Kaji semula pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan, Menumbok - PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dan Labuan merayu Kementerian Dalam Negeri agar mengkaji semula langkah pemeriksaan imigresen yang baru dikuatkuasakan di terminal feri Labuan dan Menumbok.
Sangkar Rasam dilantik Pengerusi MPN Sabah
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Datuk Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu
PRU15: PKR Sabah alu-alu kerjasama dengan Warisan
PKR Sabah sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
PRN Sabah: Pilih calon berintegriti - Anwar Ibrahim
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.
Sabah Memilih: Christina nafi tinggalkan PKR untuk sertai Warisan
PKR Sabah akan terus beri kerjasama kepada Warisan untuk mempertahankan Sabah sewaktu PRN akan datang.