ISKANDAR PUTERI: Pembangkang dilihat tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan sudah tumbang yang dimainkan pembangkang juga hanyalah satu propaganda untuk menipu penyokong mereka sendiri agar terus kekal bersemangat.
Beliau turut menegaskan, kerajaan pernah mencabar pembangkang untuk membawa usul tersebut namun sudah lebih setahun, masih juga tidak dibangkitkan mereka.
“Sudah lama dah, dia (pembangkang) tidak bawa (tidak percaya di Parlimen), setahun dah. Hari-hari kita tunggu, tiada. Jadi kita tidak fikir bab itu.
“Saya tidak fikir dia (pembangkang) ada kekuatan untuk bawa ini (usul) selain daripada propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya jangan hilang semangat.
“Saya berbeza pendapat. Tidak mahu hilang semangat, kalau tak boleh cuba bawa perubahan, dia bekerja untuk rakyat. Rakyat yang akan pilih akhirnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Lawatan dan Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, mengulas mengenai Langkah Dubai, Perdana Menteri menegaskan sudah terbukti bahawa langkah itu hanya politik 'cemas', digunakan pihak yang sudah kehilangan modal.
“Sekarang dah terbukti bahawa itu hanya politik cemas dalam kalangan yang agak kehilangan modal.
“Saya nasihat jemaah menteri dan pimpinan dan kerajaan umumnya, tumpu untuk bangunkan negara.
“Tahun 2024, fokus kita adalah pembangunan dan keutuhan ekonomi negara,” ujarnya.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan beliauberkata yang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.
Seri Paduka juga menitahkan beliau dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.
Perkara itu antara inti pati sesi menerima menghadap Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pada Rabu.
Ridauddin Daud
Thu Jan 11 2024

Anwar menegaskan, kerajaan pernah mencabar pembangkang untuk membawa usul tersebut namun sudah lebih setahun, masih juga tidak dibangkitkan. - Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 9 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Mac 2025
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Program Malaysia Rumah Keduaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi
Seorang lelaki berusia 23 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.
![[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir? [KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?
Fenomena childfree bukan sekadar trend moden, tetapi ia adalah isyarat kepada perubahan sosial yang lebih besar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

Langkah Dubai sekadar politik 'cemas', pembangkang hilang modal - PM Anwar
Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen, kata Anwar.

Parlimen Jepun tolak usul undi tidak percaya terhadap Kabinet Kishida
Dewan Rakyat Jepun menolak usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Kabinet Perdana Menteri Fumio Kishida pada Jumaat.

Pembangkang umpama 'langau politik' - Salahuddin
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan pembangkang umpama langau politik kerana tidak membawakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRU15: Ahmad Zahid dicabar kemuka undi tidak percaya kepada PM
Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata Ahmad Zahid perlu mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan Perdana Menteri.

SD sokong Saarani: Nasib Hasnul di tangan Bersatu Pusat
Bersatu Perak sudah menerima laporan mengenai kenyataan Hasnul Zulkarnain daripada Bersatu Bahagian Parit Buntar pada Ahad.

Speaker tiada kuasa cepatkan usul, Azhar minta MP rujuk sendiri konvensyen Westminster
Azhar hari ini meminta ahli Parlimen merujuk sendiri amalan dan konvensyen Westminster yang diikuti oleh negara ini.

Maszlee perlu kaji, fahami peraturan sidang Dewan Rakyat - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan urusan tetap perlu menjadi keutamaan, mengikut peraturan Dewan.

Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27
Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Tak boleh bawa usul undi tidak percaya, bawalah usul undi percaya - Anthony Loke
Ini berikutan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan usul tidak percaya beri gambaran seolah-olah mereka tidak percaya YDPA.

Usul undi tidak percaya tidak boleh dibuat secara 'serang hendap' - Pandikar Amin
Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar dibuat secara "serang hendap", sebaliknya harus dimaklumkan melalui notis kepada dewan terlebih dahulu.