ALOR SETAR:Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik diminta untuk terlebih dahulu memahami dan mengkaji peraturan sidang Dewan Rakyat sebelum membuat sebarang tindakan.
Tindakan itu termasuk cadangan bekas Menteri Pendidikan itu untuk mengemukakan usul menangguhkan sementara urusan kerajaan bagi memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang dewan akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan, berdasarkan apa yang dinyatakan dalam peraturan Dewan, urusan kerajaan terlebih dahulu perlu menjadi keutamaan.
"Saya minta dia (Maszlee) baca peraturan betul-betul, saya rasa tak betul, apa yang dia kata dia nak buat tu tak betul, peraturan tu memang jelas, urusan kerajaan perlu diutamakan,
"Dalam undang-undang ada dua perkara, satu "general provision", satu lagi "specific provision"... "general provision" tak boleh mengatasi "specific provision"... "specific provision" antaranya ialah urusan kerajaan perlu diutamakan, nak menggantung "standing order" tu adalah "general provision", jadi eloknya dia kaji lah, (tetapi) tidak mengapa, dia bebas nak bawa (apa-apa usul) dalam Parlimen," kata beliau.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perjumpaan bersama Ketua Jabatan Agensi Persekutuan Negeri Kedah di Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Dr Maszlee mendakwa, terdapat cara lain usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh diberi laluan untuk diputuskan dengan lebih cepat di Dewan Rakyat.
Jelasnya, cara itu adalah dengan mengemukakan usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta agar Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan dan memberi laluan kepada usul berkenaan dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.
Dakwa beliau lagi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, sebelum ini telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk usul itu didahulukan adalah melalui rundingan dengan pihak kerajaan.
BACA: Maszlee dakwa ada cara cepatkan usul tidak percaya terhadap PM
Abd Hadi Che Awang
Tue Oct 20 2020

Takiyuddin Hassan minta Maszlee agar membaca peraturan betul-betul sebelum mahu kemukakan sebarang usul dalam sidang Dewan Rakyat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lori sedang ditunda kemalangan di Pendang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [9/3/2025] – Komen Rasis | Kekacauan Berulang Di Selatan Thailand | Amaran Keselamatan | Penilaian Tempoh Sebulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

SUKMA: KBS perlu tetap dasar kekal sukan teras, tindakan pengguguran merugikan - Exco Johor
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan satu dasar bagi mengekalkan sukan teras yang mampu menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa, agar tidak digugurkan pada temasya SUKMA.

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Pengiktirafan UEC jangan dibuat sewenang-wenangnya - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu melihat keadaan dan situasi dalam negara ini sebelum membuat sebarang keputusan.

Belanjawan 2019 dapat sambutan baik - Tun Mahathir
Banyak pihak mendakwa bajet yang buat pertama kali dibentangkan oleh kerajaan PH itu merupakan bajet kecil namun ia berlaku sebaliknya.