Kurang majoriti Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan negeri Johor bukanlah petunjuk kepada kegagalan atau kelemahan parti itu secara keseluruhannya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebaliknya berkata, kekuatan BN dilihat dalam aspek yang lebih besar iaitu kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan parti komponennya.
Jelasnya, situasi yang berlaku di Johor itu sebagai realiti politik masa kini yang perlu dihadapi.
"Rakyat lebih meletakkan kepercayaan kepada sebuah parti yang stabil dan kukuh seperti ditunjukkan BN. Saya lihat adalah akhirnya adalah parti yang dapat mentadbir dan menerajui negara selain mempunyai rekod kecemerlangan seperti BN.
"Pada akhinya kita hendak pastikan kerajaan mampu, tidak guna kita suka-suka hendak menang tetapi selepas itu mereka ada di dalam keadaan yang mereka sendiri tidak boleh tentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri.
"Mereka memberi kerisauan kepada rakyat. Rakyat mahu parti mana yang memberi jaminan kalau diberi undi dan melihat yang mana boleh memberi perkhidmatan terbaik," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Pulau Pinang di Kompleks Sukan dan Belia Batu Uban di sini hari ini.
Reezal yang juga Timbalan Menteri Luar berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan kerajaan negeri Johor yang ketika ini yang hilang majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Keputusan itu menyaksikan ADUN BN Johor berkurang daripada 38 kepada 37 manakala pembangkang bertambah daripada 18 ADUN kepada 19.
Menurutnya, pembangkang juga tidak boleh bermegah dengan perkembangan terbaru di Johor itu apatah lagi dalam situasi kerjasama antara mereka yang semakin kucar-kacir.
"Pembangkang ketika ini juga berdepan isu kredibiliti lebih serius dengan kemunculan parti baharu seperti PAN dan PPBM.
"Malah, krisis dan pertelingkahan sesama mereka seperti yang berlaku antara DAP, Pas dan PAN juga dinilai oleh rakyat sebagai kegagalan yang boleh memberi kesan buruk kepada negara sekiranya dipilih mentadbir negara.
"Ia termasuk cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri pembangkang telah menimbulkan rasa kurang senang dan bantahan parti pembangkang lain," jelasnya.
Astro Awani
Sat Oct 08 2016
Kehilangan majoriti BN dalam kerajaan negeri Johor bukanlah petunjuk kepada kegagalan atau kelemahan parti itu secara keseluruhannya. - Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.