MIC menganggap krisis dalaman partinya sudah selesai apabila 90 peratus daripada 3,970 cawangan MIC di seluruh negara kini sudah kembali menyatakan sokongan kepada kepimpinan parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata MIC yang sebelum ini berpecah kepada dua kumpulan kini sudah bersatu di bawah satu bumbung dan ini merupakan satu perkembangan yang positif buat masyarakat India di negara ini.
"Kita sedar dalam satu dua tahun ini krisis dalaman ini telah menjadi satu halangan untuk kita bergerak ke hadapan dalam melakukan program politik dan pembangunan bagi komuniti India.
"Krisis ini sudah selesai dan apa yang penting sekarang kita semua perlu berlapang dada dan menerima mereka kembali dalam semangat memperkukuhkan perpaduan dalam parti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahlian parti MIC di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, seramai 700 bekas ahli MIC daripada 627 cawangan seluruh negara termasuk bekas naib presiden parti, Datuk S.Sothinathan menyerahkan borang keahlian parti dan menyatakan sokongan kepada pimpinan parti.
MIC berpecah kepada dua kumpulan berikutan krisis antara Dr Subramaniam dan bekas presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis 2014 meminta parti mengadakan semula pemilihan, yang kemudian dimenangi Dr Subramaniam.
Krisis itu menyebabkan Palanivel secara automatik hilang keanggotaan MIC dan beberapa penyokongnya masih tidak mahu menyertai parti itu di bawah pimpinan Dr Subramaniam.
Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata MIC juga bersedia menerima semula kesemua baki ahli MIC dari kumpulan yang berlainan bagi memantapkan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya MIC kini memberi fokus kepada PRU14 akan datang dan semua anggota perlu bersatu sepenuhnya.
"Fokus utama kita adalah PRU yang akan datang, setiap aktiviti atau program kita selepas ini akan dilakukan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang," katanya. --BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2016
SUBRAMANIAM: Krisis ini sudah selesai dan apa yang penting sekarang kita semua perlu berlapang dada dan menerima mereka kembali dalam semangat memperkukuhkan perpaduan dalam parti. -Gambar fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
MITRA lulus hampir RM100 juta laksana inisiatif perkasa masyarakat India - Ramanan
Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah meluluskan 14 inisiatif yang bernilai hampir RM100 juta tahun ini.
Kerajaan komited pastikan masyarakat India terbela melalui pelbagai inisiatif
Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.
KUSKOP perkenal pelbagai inisiatif perkasa usahawan, masyarakat India - Ramanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkenal pelbagai inisiatif bantuan keusahawanan yang telah memanfaatkan puluhan ribu masyarakat India di negara ini.
MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt.
PM sentiasa utamakan kejayaan, kemajuan komuniti India - Ramanan
Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani permasalahan dan hala tuju masyarakat India dalam negara cukup konsisten dari masa ke semasa.
Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Ravikumar berkata sumbangan itu membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM200,000 menerusi Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya MITRA.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.