IPOH: Konvensyen pertama Kerajaan Perpaduan Perak yang bakal berlangsung pada 28 Jan ini dianggap sebagai langkah penting dalam membuktikan keseriusan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerjasama demi melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perak Mohd Azlan Helmi berkata, antara inti pati yang akan dibincang oleh kedua-dua pihak dalam konvensyen itu ialah usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Konvensyen yang akan diadakan ini menghimpunkan semua parti bagi menunjukkan betapa bersatu padunya kita dalam usaha mencapai matlamat utama membangunkan Perak dengan membawa lebih banyak pelaburan ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Kaunter Pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital Batu 8, Tambun, di sini, hari ini.
Beliau berkata, PKR Perak akan menghantar kira-kira 1,500 perwakilan untuk turut serta dalam konvensyen itu yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, BN dan PH Perak akan mengadakan konvensyen itu, yang membabitkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, di Hotel Casuarina, Meru.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Mohd Azlan Helmi beramah mesra bersama penduduk warga emas ketika mengakses dan mendaftar maklumat peribadi pada laman sesawang PADU di Pusat Internet Komuniti Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, pada Jumaat. – Gambar Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.

Anwar mahu semua Kerajaan Perpaduan negeri anjur konvensyen
Anwar mahu Kerajaan Perpaduan di semua negeri turut serta mengadakan konvensyen bagi memperkukuh kestabilan gabungan itu.

Konvensyen pertama Kerajaan Perpaduan Perak, medium perkasa naratif kerajaan negeri
Antara inti pati yang akan dibincang oleh PH dan BN dalam konvensyen itu ialah usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.

Kerajaan Perpaduan Perak anjur konvensyen hujung Januari
Menurut Saarani, penganjuran konvensyen itu adalah sempena setahun penubuhan Kerajaan Perpaduan Perak.

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan, pastikan hala tuju seiring - PM
Konvensyen itu antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

COVID-19: MIC tangguh semua konvensyen negeri
Konvensyen MIC yang sepatutnya berlangsung di seluruh negara bermula hari ini sehingga 8 Oktober depan, ditangguhkan serta-merta.

Konvensyen Khas PBB: Suntikan semangat menjelang Sarawak Memilih
Konvensyen Khas PBB dikaitkan tidak dapat lari daripada spekulasi ia diadakan sebagai persiapan menuju PRN-12.

Demokrat mula Konvensyen Kebangsaan secara maya
DNC 2020 secara rasmi akan mengesahkan pencalonan Joe Biden sebagai wakil Demokrat untuk menyaingi Donald Trump, wakil Republikan, menduduki White House bagi sehingga 2024.

Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang
Pada 17 Okt 2018, Lim menyaman Mohammed Hanif atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM Shah Alam pada 6 Sept 2018.

Rakyat nilai prestasi kepimpinan PH, cabaran PRK Parlimen Tanjung Piai - Anwar
Beliau berkata sekiranya rakyat dapat memahami betapa sukarnya kerajaan hari ini mengendali dan mengemudi pentadbiran sekarang, mereka akan memberikan sokongan.