KUALA LUMPUR: Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) kerana ia boleh menyebabkan pindaan kepada akta sedia ada di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
"Alasan kita tidak meratifikasi UNCAT adalah kerana ada seksyen tertentu yang jelas menyebut bahawa undang-undang negara kita tak boleh ada elemen yang menyebabkan kesakitan teruk sedangkan akta kita ada sebatan, Mahkamah Syariah pun ada sebatan.
"Kalau kita tandatangan UNCAT, maknanya akta sedia ada kita kena pinda dan (terpaksa lakukan) banyak perkara lain," katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata ketika ini, negara jiran seperti Singapura dan Brunei juga tidak menandatangani konvensyen itu.
Saifuddin Nasution juga berkata tiga pusingan rundingan berkaitan perkongsian data sudah diadakan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan proses itu masih berjalan sebagai usaha mengharmonikan beberapa aspek.
Beliau berkata satu daripada rundingan itu berlangsung di New York pada September 2023 serta dua lagi di Kuala Lumpur manakala semua parameter perbincangan kerjasama perkongsian data sudah disampaikan kepada UNHCR dan sebagai maklum balas, badan dunia itu mahu pegawai Malaysia melalui proses latihan mengenai hak asasi manusia.
"Di pihak kita juga melihat perlu ada modifikasi, acuan yang mengikut perspektif kita. Jadi kita sedang harmonikan perkara ini," katanya.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin pula berkata kerajaan memberi jaminan sebarang keputusan untuk menyertai atau meratifikasi instrumen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia tidak akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang sivil, syariah dan adat yang terpakai di Malaysia.
"Saya ingin tegaskan tentang kepentingan dan keperluan kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya sebelum meraktifikasi sebarang triti hak asasi manusia," katanya semasa menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam 2021 dan 2022 bagi Kementerian Luar.
Suhakam dalam laporan itu menggesa kerajaan agar mempertimbang penarikan balik reservasi serta meratifikasi Protokol Pilihan yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
Saifuddin Nasution Ismail berkata konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk. - Gambar fail
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.