Kongres Nasional PKR 2018 akan diadakan seperti dijadual pada 16 hingga 18 Nov ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata 17 dan 18 Nov dijadual untuk kongres peringkat pusat manakala 16 Nov akan diadakan kongres bagi Sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
"Setakat ini tiada arahan lain. Kita dah keluarkan notis sebulan lepas, makluman sudah dibuat dan seterusnya saya akan bertemu Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk bincang beberapa perkara berkaitan usul kerana saya sebahagian daripada jawatankuasa usul.
"Kita akan menjemput 10 wakil daripada setiap cabang dan biasanya 1,000 hingga 1,500 orang akan hadir, tetapi tahun ini kemeriahannya mungkin lebih sedikit kerana ini tahun pertama kongres ini diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan," katanya kepada Bernama ketika hadir di Fiesta Deepavali 2018 di Brickfields, di sini pada Isnin.
Fahmi yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai menjelaskan setakat ini, perbincangan dengan pembahas mengenai usul bakal dibawa sedang diadakan dan secara amnya usul akan merangkumi perihal ekonomi, sosial dan reformasi politik.
Mengulas mengenai pemilihan cabang Julau di Sarawak yang sedang berdepan kemelut keanggotaan, beliau berkata secara asasnya semua nama bagi keanggotaan baharu sudah mendapat kelulusan Biro Politik Pusat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana itu prosedurnya.
"Biro Politik Pusat mengadakan pertemuan setiap minggu manakala MPP bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali.
"Biasanya tiada penambahan kepada keanggotaan tanpa melalui pemakluman kepada Biro Politik dan MPP. Itu prosesnya dan setahu saya jika ada penambahan selain daripada proses ini, itu adalah pelanggaran proses," katanya.
BACA: Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan
Media sebelum ini melaporkan keanggotaan cabang Julau meningkat mendadak daripada 603 kepada 13,000 anggota pada 27 Jun lepas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan ke Pusat Khidmat Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien di Julau untuk mendapatkan dokumen bagi menjalankan siasatan.
"Saya percaya SPRM boleh mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dan kita biarkan SPRM teruskan siasatan," kata Fahmi.
BACA: Ketua penerangan PKR Sarawak buat laporan SPRM
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018
Kemeriahan dijangka lebih dari biasa pada Kongres Nasional PKR kali ini kerana ini tahun pertama kongres diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Shahril nafi Biro Politik UMNO beri amaran kepada PM
Tiadan sebarang kebenaran Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri apatah lagi pemecatan seorang PM dari UMNO.
Apa sebenarnya keputusan Mesyuarat MT UMNO malam ini?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka diadakan pada jam 8 malam ini di Menara Dato Onn, Ibu Pejabat UMNO.
Politik Perak: UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam esok
UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok, dipercayai bagi membincangkan mengenai kemelut politik di Perak.
Terima disiplin parti atau disingkirkan - Anwar
Anwar berkata beliau melihat perkara itu sebagai keutamaan memandangkan imej parti agak tercalar di pandangan masyarakat.
Kongres Nasional PKR di IDCC 16-18 November
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata 17 dan 18 Nov dijadual untuk kongres peringkat pusat manakala 16 Nov akan diadakan kongres bagi Sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).