KUALA LUMPUR: Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 bermula hari ini dengan tumpuan terarah kepada ucapan perasmian serentak Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita oleh Timbalan Presiden Rafizi Ramli.
Kongres yang mengangkat tema "Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI" itu berlangsung selama dua hari dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pada kongres AMK dan Wanita itu, para perwakilan kedua-dua sayap bakal disajikan tayangan montaj 25 tahun Reformasi Keadilan dan genap setahun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.
Sejurus selepas perasmian, kedua-dua sayap berkenaan akan memulakan kongres masing-masing dengan ucapan dasar Ketua AMK Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek, disusuli sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap.
Ia diikuti dengan sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.
Dalam pada itu, Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan dasar pada 8.30 malam sekali gus merasmikan Kongres Nasional peringkat pusat parti itu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lepas dilaporkan berkata Kongres Nasional itu akan dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati selain turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta 50 perwakilan kedutaan asing.
Beliau berkata isu kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan.
Menteri Dalam Negeri itu juga berkata menerusi kongres berkenaan, PKR akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlaku kemelut Palestin dan Israel selain mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa kekejaman rejim Zionis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Persiapan akhir dilakukan di Dewan A menjelang Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) di PICC. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Kamu belum kenal Azmin Ali!'
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan nada tegas menempelak tindakan sesetengah individu dan pemimpin yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat.