PROSES pengundian adalah elemen terpenting bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi di dalam sistem antarabangsa.
Melalui pilihan raya, rakyat sebuah negara akan memilih wakil-wakil rakyat yang diyakini untuk menerajui kepimpinan sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu.
Kebijaksanaan rakyat membuat keputusan memilih wakil-wakil rakyat yang berkaliber dan berkeupayaan mentadbir sebuah negara adalah penting dalam memastikan kestabilan dan kemajuan sebuah negara.
Tingkah laku seseorang pemilih secara asasnya boleh dijelaskan mengikut 3 kanta teori sains politik iaitu - teori sosiologikal, identifikasi parti, dan pilihan rasional.
Berdasarkan teori sosiologikal, pengundi boleh dilihat sebagai ahli kumpulan sosial.
Memahami pengaruh dan tingkah laku kumpulan yang terkait dengan pengundi akan mempengaruhi pola memilih seseorang pengundi.
Sebagai contoh, individu yang mengaitkan dirinya dengan kumpulan kelas sosial bawahan akan memilih calon wakil rakyat yang memperjuangkan hak mereka untuk hidup lebih selesa dan terbela.
Oleh kerana itu dapat dilihat di dalam panggung sejarah politik antarabangsa, kebanyakan golongan bawahan yang terpengaruh dengan fahaman sosialis lebih cenderung memilih calon wakil rakyat yang berlatarbelakangkan Marxisme dan sosialisme kerana terpengaruh dengan propaganda perjuangan calon-calon wakil rakyat dari fahaman tersebut.
Manakala, teori identifikasi parti menjelaskan pengundian seseorang itu boleh dipengaruhi oleh kesetiaan yang berpanjangan terhadap sesebuah parti politik.
Pengundi akan mengidentifikasi diri mereka dengan aspirasi dan perjuangan parti politik yang mereka sokong.
Sebagai contoh, individu akan memilih calon wakil rakyat hanya berdasarkan kepada parti politik yang diwakili tanpa mempedulikan faktor lain seperti manifesto yang ditawarkan, latarbelakang pendidikan calon dan sebagainya.
Pengundi dalam kategori ini adalah mereka yang mempunyai nilai sentimental yang cukup utuh dengan parti-parti tertentu kerana diikat dengan sentimen sejarah parti-parti tersebut.
Terakhir, berdasarkan Teori pilihan rasional pengundian memilih seseorang wakil rakyat itu berasaskan pulangan yang mereka akan perolehi daripada proses pengundian.
Teori ini menyamakan tingkah laku pengundian dengan teori ekonomi.
Pengundi akan memilih calon wakil rakyat yang dijangka dapat memberi keuntungan kepada pengundi sekiranya mereka menang.
Sebagai contoh, sekiranya memilih calon wakil rakyat yang mewakili parti kerajaan dapat membawa kemajuan dan kemakmuran kepada kawasan yang diwakilinya, maka pengundi tidak akan mengundi calon daripada parti pembangkang.
Kebanyakan dari golongan muda datangnya daripada kategori ini dan mereka ini adalah golongan yang mendokong nilai-nilai pragmatis serta tidak mempunyai ideologi politik yang jelas.
Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang progresif sangat mementingkan kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.
Kestabilan politik tidak dapat dicapai sekiranya rakyat gagal untuk memilih wakil rakyat yang berkaliber, berpendidikan dan berkeupayaan mentadbir dengan efektif dan berintegriti.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, pemilihan wakil rakyat seharusnya dilakukan di luar lingkup sentimen kepartian ataupun perjuangan kumpulan sosial tertentu semata-mata.
Rakyat harus bijak menilai keupayaan wakil rakyat. Memilih wakil rakyat yang tidak berupaya berdebat dan berbincang secara kritikal dan ilmiah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah sesuatu yang sangat merugikan.
Wakil rakyat harus cerdas dalam memberi sumbang saran yang konstruktif agar polisi dan rang undang-undang yang dibuat berupaya memberi keuntungan setempat dan nasional kepada seluruh lapisan masyarakat sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.
Wakil rakyat yang dipilih seharusnya menjadi jaguh kepada kawasan yang diwakilinya. Peranan wakil rakyat perlu dilakukan secara aktif dengan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Wakil rakyat tidak boleh dilihat sebagai pemenuh korum mesyuarat dan beraksi sebagai ‘political clown’ dengan aksi-aksi provokasi dan melemparkan kata-kata yang tidak berparlimen (unparliamentary expression).
Wakil rakyat perlu bersifat profesional dan sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat yang diwakilinya melebihi kepentingan politik dirinya.
Usaha mengancam kestabilan politik negera melalui ugutan-ugatan peralihan kuasa kerajaan seharusnya tidak berlaku sekiranya pemilihan seseorang wakil rakyat dilihat sebagai satu proses pembuatan keputusan yang rasional dan teliti.
Menjelang pilihan raya negeri yang bakal tiba, rakyat sekali lagi akan dihujani oleh pelbagai isu-isu politik tanah air.
Pelbagai platform media sosial digunakan sebagai jentera propaganda membentuk persepsi dan kecenderungan pengundi.
Kesahihan maklumat yang disebarkan tidak menjadi keutamaan.
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati pada PRU ke 15 yang lalu, pengundi Melayu menjadikan isu-isu semasa seperti kes salah guna kuasa dan integriti sebagai asas mengundi seseorang calon yang bertanding.
Manakala, golongan pengundi 18 atau pengundi kali pertama pula memilih seseorang wakil calon berdasarkan keterlihatan dan populariti calon atau parti politik di media sosial terutamanya platform Tik Tok.
Budaya politik intelektual yang menilai perancangan dan wawasan bakal wakil rakyat nampaknya tidak menjadi keutamaan di Malaysia.
Manifesto yang dilancarkan pada permulaan kempen pilihanraya hanya sebuah dokumen yang bersifat umum dan sekadar memenuhi syarat.
Pengundi juga seolah-olah tidak berminat untuk memahami apakah perancangan, wawasan, dan hala tuju yang ingin ditawarkan oleh setiap calon yang bertanding.
Para pengundi yang menghadiri kempen-kempen pilihanraya lebih berminat untuk mendengar kupasan isu-isu politik semasa yang dibawa oleh penceramah part-parti politik yang bertanding.
Tahap keintelektualan politik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan agar rakyat tidak lagi dijadikan alat tunggangan segelintir ahli-ahli politik yang bersifat eksploitasi dan manipulatif.
Secara kesimpulannya, pengundi di Malaysia rata-ratanya masih tidak menggunakan rasional akal dan daya keintelektualan politik sebagai asas pemilihan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
Pengundi tidak meletakkan kepentingan pembangunan sesuatu kawasan sebagai asas untuk memilih seseorang wakil rakyat selain tidak menilai secara teliti perancangan pembangunan yang ingin dibawa oleh seseorang calon yang bertanding.
Pengundi dilihat lebih berminat untuk memilih calon-calon atas dasar emosi, populariti dan simpati.
Sebagai contoh, pengundi lebih mudah memberikan simpati kepada ahli politik yang dirasakan telah dizalimi oleh tindakan undang-undang oleh kerajaan namun tidak mengetahui sejauh mana kebenaran di sebalik naratif yang dibawakan oleh ahli politik tersebut.
Sebagai rakyat sebuah negara yang membangun, calon-calon yang bertanding seharusnya mempersembahkan apakah perancangan jangka masa lima tahun yang bakal mereka lakukan untuk membangunkan kawasan yang mereka wakili.
Apakah penyelesaian yang akan mereka tawarkan untuk menyelesaikan masalah setempat yang dihadapi oleh penduduk di sesuatu kawasan.
Pengundi seharusnya mengaplikasi Teori pilihan rasional sebagai asas pemilihan seseorang wakil rakyat. Rakyat perlu menolak kempen-kempen yang bersifat fitnah, biadab dan keterlaluan.
Pengundi seharusnya tidak beremosi dengan menjadikan isu-isu politik yang direka dan dicanang sepanjang tempoh kempen pilihanrya sebagai asas memilih seseorang wakil rakyat yang bertanding.
Memilih ahli politik yang bijak dan berpandangan jauh adalah sangat penting buat negara.
Ini adalah kerana ketika ini negara mempunyai dinamika politik yang rencam dan tidak stabil.
Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau Asia yang mengalami pertukaran kerajaan secara silih berganti dalam tempoh masa yang pendek.
Tindakan ini telah memberi implikasi negatif kepada pertumbuhan negara untuk jangka masa pendek dan panjang.
Malaysia yang suatu masa dahulu disegani sebagai ‘The Little Tiger of Asia’ kini dalam keadaan tenat dan terumbang ambing.
Oleh itu, adalah penting untuk Malaysia mempunyai kerajaan pusat dan negeri yang sehaluan dan mampu bekerjasama dengan baik.
Hubungan yang harmoni antara kedua kerajaan ini adalah penting supaya proses rejuvinasi ekonomi negara dapat dilakukan secara berkesan dan teratur.
Gabungan kerajaan perpaduan hari ini adalah kombinasi yang terbaik di miliki oleh negara.
Mengembeling pengalaman memerintah hampir 60 tahun dan keupayaan mengubah tata kelola pentadbiran kerajaan supaya menjadi lebih telus dan berintegriti diyakini dapat membawa negara kembali ke landasan yang sebenar.
Malaysia adalah sebuah negara yang secara praktiknya majmuk serta memerlukan gaya kepimpinan yang terbuka dan bukannya kepimpinan yang mengutamakan pemikiran mono ethnicity.
Justeru, pengundi harus rasional dalam membuat pilihan pada pilihanraya kali ini.
Pengundi harus mengelak daripada memilih seseorang calon berasaskan simpati dan emosi kerana ia akan terus mengundang ketidakstabilan politik negara.
Laksanakan tanggungjawab mengundi dengan penuh hikmah agar kita dapat mewariskan sebuah negara yang aman, makmur, mampan dan rahmah kepada generasi akan datang.
* Prof Madya Dr Kamarul Faizal Hashim merupakan pensyarah kanan di Fakulti Perkomputeran UUM. Beliau pernah bertugas di University of Dubai.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Kamarul Faizal Hashim
Thu Aug 03 2023
Berdasarkan teori sosiologikal, pengundi boleh dilihat sebagai ahli kumpulan sosial. - Gambar fail/Astro AWANI
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
[KOLUMNIS] Pengundi rasional asas kemajuan dan kemakmuran negara
Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau Asia yang mengalami pertukaran kerajaan secara silih berganti dalam tempoh masa yang pendek.