Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima dengan hati terbuka kekalahannya dalam pemilihan UMNO 2018.

Menurutnya, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Rembau dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Rembau untuk mengukuhkan parti mendekati UMNO dengan hati rakyat.


Pada Sabtu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021 dalam sesi pemilihan parti itu.

BACA: Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendapat undi tertinggi daripada 191 bahagian dari seluruh negara yang layak mengundi.

Beliau bersaing untuk merebut jawatan itu dengan Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.