Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu telah dibuat pada
Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) selepas meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Abdul Khalid.
"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar Selangor," kata Tan semasa satu sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini.
Tan menjelaskan bahawa Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Beliau membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletakkan jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatannya.
"Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat," kata Tan.
Menurut Tan, MPP turut mengambil maklum bahawa Abdul Khalid ingkar terhadap keputusan yang dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2; dan menangguhkan kenaikan elaun speaker, menteri besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
"Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.
"Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
"Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada MPP mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata tindakan Abdul Khalid adalah pengingkaran secara terbuka.
"Pertimbangan yang dihalusi, diteliti dan diambil kira ialah 'open defiance' terhadap parti dan PKR," katanya.
Apabila ditanya mengapa pendengaran penjelasan Abdul Khalid tidak ditangguhkan ke 15 Ogos seperti permintaannya, ahli MPP R.Sivarasah berkata penangguhan kes ini tidak perlu dan tidak relevan.
Ekoran pemecatan ini, Abdul Khalid mempunyai tempoh 14 hari untuk merayu keputusan MPP.
Pagi ini, Abdul Khalid menghantar notis peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR untuk membantah perbincangan atas kesnya oleh mesyuarat MPP, namun perbincangan diteruskan seperti yang dirancang.
T K Letchumy Tamboo
Sat Aug 09 2014
![Khalid Ibrahim wajar dipecat dari PKR - Lembaga Disiplin PKR Khalid Ibrahim wajar dipecat dari PKR - Lembaga Disiplin PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51407338335_295x200.jpg)
Abdul Khalid masih kekal sebagai MB Selangor. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719991144_TBparlimen.jpg)
Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan
Enam ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian kerana menyokong Perdana Menteri yakin kerusi Parlimen yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.
![EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716277633_rioferdinand.jpg)
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
![Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707258097_JurgenKlinsmann.jpg)
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
![Gagal di Qatar, jurulatih Oman dipecat Gagal di Qatar, jurulatih Oman dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706330835_TBBrancoIvankovic.jpg)
Gagal di Qatar, jurulatih Oman dipecat
Ivankovic menjadi mangsa pertama apabila dipecat sebagai jurulatih Oman susulan aksi kurang memberangsangkan dalam saingan Piala Asia.
![The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697766602_karikatur.jpg)
The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu
The Guardian yang telah menerbitkan ribuan karikatur satira pemimpin dunia dilapor enggan menyiarkan karikatur Netanyahu tersebut.
![Sepanyol pecat ketua jurulatih Piala Dunia Wanita Sepanyol pecat ketua jurulatih Piala Dunia Wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693965898_tbJorgeVilda.jpg)
Sepanyol pecat ketua jurulatih Piala Dunia Wanita
Vilda merupakan satu-satunya anggota kejurulatihan pasukan kebangsaan wanita itu yang tidak meletak jawatan.
![Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687848681_LimTeongKim.jpg)
Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji
Selepas hampir sebulan dipecat dan berdiam diri, bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim tampil menuntut haknya, serta menggesa baki bayaran gaji selama 16 bulan dilunaskan.
![Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680602966_TBSIVARAJ.jpg)
Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C Sivaraj dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkuatkuasa 11 Mei lalu.
![TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678067398_TomislavSteinbruckn.jpg)
TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menggantikan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner dengan pengendali baharu.
![AJK dipecat jika benarkan penceramah tanpa tauliah - Sultan Johor AJK dipecat jika benarkan penceramah tanpa tauliah - Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678945185_SultanIbrahim.jpg)
AJK dipecat jika benarkan penceramah tanpa tauliah - Sultan Johor
AJK masjid dan surau di Johor akan dikenakan tindakan dan berhadapan kemungkinan dipecat sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi ceramah di negeri itu.