Jalinan hubungan dan kerjasama baik oleh Tan Sri Adenan Satem dengan masyarakat Cina telah meningkatkan tahap keyakinan masyarakat serta pemimpin perniagaan kaum berkenaan di Sarawak.
Malah, seorang daripada mereka meramalkan 'Tok Nan', yang dipanggil mereka, mampu menawan lima kerusi di kawasan bandar pada pilihan raya negeri (PRN) 7 Mei ini - empat lagi kerusi berbanding satu kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada 2011.
Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Cina Kuching, Dr Chou Chi Ming berkata masyarakat Cina sudah melalui perubahan dalam pemikiran politik di bawah kepimpinan Adenan dengan kebanyakan mereka melihat beliau sebagai 'ketua menteri untuk semua rakyat Sarawak'.
"Beliau sudah melaksanakan semua janjinya untuk manfaat rakyat Sarawak. Kesemua dasar beliau adalah untuk kebaikan rakyat Sarawak dan bukan bagi kumpulan kecil kroni," kata Dr Chou.
"Beliau adil dan kerajaan negeri di bawah beliau bersih, adil dan cekap. Banyak pengundi Cina merasakan dasar politik dan ekonomi beliau adalah untuk membawa kembali masyarakat Cina di Sarawak dalam arus perdana politik.
Beliau berkata BN Negeri di bawah Tok Nan, mampu merampas kembali lima kerusi di kawasan bandar namun enggan menamakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Dr Chou juga adalah bekas presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.
Daripada 15 kerusi majoriti kaum Cina yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini, hanya Bawang Assan dimenangi BN pada 2011. DAP akan mempertahankan 12 kerusi manakala PKR satu.
Satu lagi adalah kerusi baharu yang diwujudkan di Batu Kitang yang akan ditandingi oleh PKR.
Temenggong Lu Kim Yong, pemimpin masyarakat Cina yang berpengaruh di Kuching, berkata Adenan bukan sahaja menangani isu kritikal mengenai pendidikan kaum Cina dengan memberi geran kepada sekolah menengah persendirian Cina dan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tetapi juga membuatkan komuniti perniagaan berasa gembira dengan dasar pertumbuhan beliau.
"Beliau memberikan kita perasaan yang sangat selesa. Beliau berfikiran luas, sangat bertimbang rasa dan sedar akan kepentingan semua kaum," katanya.
"Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan selama bertahun-tahun dan sejak mengambil alih jawatan (sebagai ketua menteri) dua tahun lepas, Tok Nan sudah melakukan begitu banyak untuk masyarakat. Semua ini memberi kelebihan kepada BN pada pilihan raya negeri akan datang," katanya.
Kenyataan Adenan bahawa 'orang Cina bukan pendatang' menyentuh kaum Cina kerana masyarakat itu sudah berada di negara ini bertahun-tahun, kata Lu, yang juga Naib Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak.
Cabaran BN pada PRN kali ini untuk kerusi majoriti kaum Cina diketuai oleh parti komponen, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan calon langsung, yang keluar daripada UPP, iaitu serpihan SUPP, untuk bertanding di bawah lambang BN.
Seorang ahli perniagaan, yang mengetuai persatuan perniagaan Sarawak, berkata Adenan boleh menjangka lebih banyak sokongan daripada masyarakat berkenaan.
"Beliau melayan kaum Cina dengan baik. Sebelum ini, sekolah-sekolah Cina tidak pernah diberi apa-apa peruntukan. Terus-terang, ia satu kerugian bagi masyarakat Cina jika tiada wakil Cina yang kuat dalam kerajaan negeri," kata ahli perniagaan itu yang tidak mahu dikenali.
Seorang ahli perniagaan di kubu kuat DAP di Padungan, berkata peningkatan sokongan itu, bagaimanapun, mungkin belum mencukupi bagi mengalihkan pengundi Cina terhadap BN kerana pengundi muda cenderung memihak kepada pembangkang.
"Secara peribadi, pertama saya akan melihat kepada calon dan kemudian apa sumbangan beliau. Saya berharap SUPP tidak akan tewas semua kerana kita juga perlu SUPP," katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.
Seorang pengundi, Kho Khai Beng berkata masyarakat Cina perlu melihat kepada latar belakang calon pada pilihan raya negeri kali ini, dan bukannya kepada parti.
Pengundi berusia 78 tahun itu yang ditemui di Batu Kawah di mana Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian bertanding, berkata: "Ini adalah masa bagi SUPP membuktikan bahawa parti itu tidak boleh dibuli."
Temenggong Lu berkata pertimbangan utama untuk pengundi Cina adalah untuk mempunyai keadaan yang aman dan stabil, dalam menjalani kehidupan serta menjalankan perniagaan dan memastikan generasi muda akan mempunyai 'keadaan yang lebih baik'.
Calon BN bagi kerusi majoriti kaum Cina adalah Peter Pau (Padungan), Milton Foo (Pending) dan Sih Hua Tong (Batu Lintang) di bandaraya Kuching, Wilfred Yap (Kota Sentosa), Lo Khere Chiang (Batu Kitang) dan Senator Datuk Dr Sim Kui Hian (Batu Kawah) di Stampin, Datuk Seri Huang Tiong Sii (Repok) dan Ding Kuong Hing (Meradong) di Sarikei, Chieng Buong Toon (Bukit Assek) dan Datuk Tiong Thai King (Dudong) di Lanang, Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Datuk Janet Lau (Palawan) di Sibu, Datuk Pau Chiong Ung (Tanjong Batu) di Bintulu serta Datuk Sebastian Ting (Piasau) dan Datuk Hii King Chiong (Pujut) di Miri.
Bernama
Sun Apr 24 2016
Jalinan hubungan dan kerjasama baik oleh Tan Sri Adenan Satem dengan masyarakat Cina telah meningkatkan tahap keyakinan masyarakat.
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.