Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 anggota jawatankuasanya meletakkan jawatan kerana parti itu semakin 'eksklusif'.
Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan itu Abbas Salimmi Adzmi berkata kesemua mereka meletakkan jawatan secara sukarela sejak 14 Julai lepas hingga semalam, dan kini menjadi anggota biasa parti itu.
Surat peletakan jawatan mereka telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor untuk tindakan lanjut selain memaklumkan perkara itu kepada Yang Dipertua PAS Shah Alam Azli Yusof dan Anggota Parlimen kawasan itu Khalid Abdul Samad.
Sambil menyifatkan PAS seharusnya bergerak secara inklusif, Abbas Salimmi mendakwa pendekatan yang diambil kepimpinan baharu selepas muktamar parti itu pada Jun lepas menyukarkan kesefahaman serta gerak kerja jawatankuasa pada peringkat pusat dan negeri.
"Apabila berlaku pertukaran (peringkat pusat dan negeri), bagi kami di kawasan Shah Alam agak sukar untuk bergerak...bukan masalah pada program tetapi pembawaan Pemuda pusat dan negeri berlainan daripada sesi lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada peletakan jawatan itu ada kaitan dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), Abbas Salimmi berkata beliau dan 12 rakannya tidak menolak kemungkinan gerakan itu sebagai wadah baharu untuk dipertimbangkan.
Dalam pada itu, Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya menghormati keputusan 13 bekas AJK itu kerana perlembagaan parti membenarkan mereka bertindak sedemikian.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Selangor akan diminta mengisi kekosongan yang ada mengikut ketetapan parti, katanya dalam kenyataan di sini.
"Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab itu kita ucapkan syabas. Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Khairuddin mengesahkan hanya dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS Selangor yang menyertai GHB manakala 13 ADUN yang lain mahu setia kepada pimpinan parti.
Bernama
Tue Aug 11 2015
![Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan 12 AJK kawasan letak jawatan Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan 12 AJK kawasan letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438489039_PAS.jpg)
Abbas Salimmi Adzmi berkata kesemua mereka meletakkan jawatan secara sukarela sejak 14 Julai lepas hingga semalam. - Gambar Hiasan
![Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721270085_tbDutaFilipinaMal.jpg)
Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
Mohamad Sabu berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce.
![Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718614946_NgaKorMing.jpg)
Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga
UN-Habitat diberi mandat oleh PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar.
!['Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker' 'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721271386_PATI.jpg)
'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu cuba berdolak-dalih memberi pelbagai alasan.
![Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721272234_bekaspengurusbesar.jpg)
Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah
Tertuduh didakwa atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri, empat tahun lalu.
Platform media sosial culas buat pengesahan umur pemilik akaun - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil minta bantuan semua Ahli Parlimen yang bertemu dengan kanak-kanak bawah 13 tahun untuk memastikan mereka tidak membuka akaun media sosial.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa
Kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan.
Jangan anggap komen dalam sesi 'live' hilang - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata MCMC dan PDRM dapat kerjasama platform sosial media bagi kenal pasti komen dalam sesi live.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
!['Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini 'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721271693_keluargaNurFarah.jpg)
'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini
Keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah berjalan lancar dan disegerakan.
![Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721270150_tbCavanSullivan.jpg)
Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS
Cavan Sullivan menjadi pemain termuda dalam sejarah untuk menyertai Liga Bolasepak Utama (MLS) pada usia 14 tahun.
![Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS
Ringgit terus melonjak dan mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam bulan pada sesi pembukaan hari ini.
![Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan 12 AJK kawasan letak jawatan Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan 12 AJK kawasan letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438489039_PAS.jpg)
Ketua Pemuda PAS Shah Alam dan 12 AJK kawasan letak jawatan
Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 anggota jawatankuasanya meletakkan jawatan kerana parti itu semakin 'eksklusif'.