KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia media sosial TikTok telah menambah pasukan moderator untuk meneliti kandungan dan sesi siaran langsung dalam pelbagai bahasa di platform tersebut susulan insiden buli siber yang membawa kematian pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu Dewan Rakyat bahawa pihak TikTok memandang serius insiden yang menimpa mendiang Esha dan telah mengambil langkah segera untuk membendung kejadian serupa berlaku.
Jelas beliau lagi, kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan.
"Mereka telah dengan segera menambah jumlah moderator yang akan meneliti termasuk kandungan dan sesi 'live' TikTok dalam bahasa-bahasa vernakular termasuk bahasa Tamil.
"Saya setuju seperti yang telah disebut dalam sidang media minggu lalu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet juga berpendirian bahawa platform-platform ini tidak boleh cuci tangan.
"Saya nak tegaskan kita sekarang ini melihat kepada isu buli siber tetapi sejujurnya banyak lagi masalah yang berlaku melibatkan platform media sosial.
"Saya kadang-kadang selepas solat subuh, duduk dan meneliti semua komen dan iklan 'scam' ini... Ia tak termasuk judi dalam talian. Jadi banyak perkara yang kita minta platform-platform ini segera betulkan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Yuneswaran Ramaraj (PH-Segamat) mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan kawalan kandungan di dalam pelbagai bahasa dan tindakan terhadap syarikat media sosial yang cuai mengawal kandungan buli siber.
Menjawab lanjut, Fahmi (PH-Lembah Pantai) berpandangan terdapat keperluan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas dan Kabinet akan meneliti perkara tersebut.
Dalam masa sama, beliau menambah terdapat penyedia platform media sosial yang bersikap culas dalam membuat pengesahan tentang umur pemilik-pemilik akaun.
Tegasnya, semua penyedia platform media sosial sepatutnya tidak membenarkan kanak-kanak berumur bahawa 13 tahun membuka akaun.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 18 2024
![Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Jelas Fahmi, kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan. - Gambar hiasan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738040055_MCMC.jpg)
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
![Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737455601_FahmiFadzil.jpg)
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
![Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736771091_TBTEONIECHINGVOICE.jpg)
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736759998_TBNIECHING.jpg)
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
![Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733378280_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
![Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722341506_TBmediasosial.jpg)
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
![Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720769828_Scam.jpg)
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
![Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723953084_Socmed.jpg)
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
![Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725706480_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.