Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkongsi pengalaman saat-saat apabila beliau hampir meninggal dunia akibat sakit jantung tiga tahun lalu dan bagaimana beliau "bersedia untuk kembali kepada Pencipta-Nya".
Beliau berkata Allah memberi beliau nafas baharu untuk "melakukan apa yang patut saya lakukan".
"Tiga tahun lalu, saya memang sakit. Saya berada di IJN (Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur) dan di Singapura. Pada masa itu saya menyangkakan yang saya akan pergi. Saya panggil semua saudara saya, anak dan cucu saya.
Mereka semua datang dan anda tahu bila anda panggil semua anak-anak dan cucu anda, kamu sudah pasti tahu apa sebabnya. Saya sudah bersedia untuk pergi. Namun Allah itu maha hebat dan saya pulih dan kembali normal".
Dalam satu wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini, Adenan berkata: "Apabila Tuhan memberi nafas baharu, dia seolah-olah menyampaikan mesej sebagai satu bayangan mengenai "apa yang patut saya lakukan".
Adenan, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud dua tahun lalu, menjelaskan bahawa hidupnya sangat bertuah dan Allah amat mengasihi beliau.
"Kehidupan saya sangat baik selepas itu, malah amat berjaya dan saya berasa perlu membantu orang yang kurang bernasib baik berbanding saya," katanya.
Beliau mendedahkan mengenai falsafah kehidupannya dan apa yang dilakukannya beliau melakukannya sebagai seorang pemimpin, beliau akan sentiasa menyoal dirinya jika arwah ibu beliau izinkannya atau tidak.
"Itu dasar saya, sehingga hari ini saya akan menyoal diri saya sama ada ibu saya akan merestuinya," katanya.
Berikut wawancara itu dalam Soal & Jawab :
S: Izinkan saya memulakan dengan bertanya apa yang orang ramai tidak tahu tentang anda. Anda pernah menjadi seorang pemberita dengan akhbar The Sarawak Tribune sebelum anda meneruskan pengajian undang-undang di Australia. Bolehkah anda beritahu kami bagaimana keadaannya menjadi seorang pemberita pada waktu itu pada akhir tahun 1960an dan apakah dia, jika ada, yang telah anda lalui yang mungkin menyumbang menjadikan anda Adenan Satem sekarang ini?.
J: Saya sentiasa suka menulis malah di zaman persekolahan saya, terutama dalam subjek penulisan esei. Mengimbas kembali waktu itu, saya ingat saya lakukan dengan begitu baik ketika itu, kadang-kadang esei saya dibacakan semula di dalam kelas mengenai bagaimana untuk menulis sebuah esei.
Semasa zaman muda, saya pernah menjadi seorang wartawan, guru, pendakwa dan majistret. Semua ini memberikan saya pengalaman yang baik untuk berada dalam kehidupan awam.
S: Mundar laju, dan akhirnya seseorang akan berkata, anda menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 2014 selepas kelihatannya seperti seumur hidup dalam politik dan masa yang lama menunggu untuk mereka yang bercita-cita bagi jawatan yang diimpikan ini dan anda merupakan pesaing yang sentiasa berada di hadapan sekali. Bolehkah anda berkongsi dengan kami, adakah ketikanya apabila anda berasa kerana orang yang terdahulu Tun Abdul Taib Mahmud, bertahan selama 32 tahun, peluang untuk orang yang mempunyai cita-cita untuk mengambil alihnya akan semakin mengecil?.
J: Tidak, saya tidak pernah kecewa kerana saya tahu orang sebelum saya melakukan tugas yang baik, dan tugas saya adalah untuk terus menyokong beliau. Malah, akhirnya, saya jatuh sakit. Tiga tahun lalu, saya memang sakit dan saya berada di IJN dan Singapura. Ada ketikanya, saya menyangkakan yang saya akan pergi. Saya panggil semua saudara saya, anak dan cucu saya, mereka semua datang dan anda tahu apabila anda panggil semua anak-anak dan cucu anda, kamu sudah pasti tahu apa sebabnya. Saya sudah bersedia untuk pergi namun Allah maha hebat. Saya pulih, saya kembali normal. Namun tidaklah segagah seperti semasa 18 tahun lalu, namun saya boleh meneruskannya untuk lima tahun lagi.
Saya rasa Allah memberi saya satu nafas baharu, seolah-olah menyampaikan mesej untuk saya, satu bayangan mengenai apa yang patut saya lakukan.
S: Pada peringkat awal tempoh Tun Taib sebagai Ketua Menteri, beliau tidak menikmati hubungan yang baik dengan Yang Dipertua Negeri (Gabenor) ketika itu, Tun Abdul Rahman Yakub akibat campur tangan di sana sini. Sekarang ini Tun Taib sendiri Gabenor, boleh tak anda beritahu kami mengenai hubungan kerja anda dengan beliau, terutama dilihat dari konteks bahawa anda telah meminda beberapa dasar utama pentadbiran sebelum ini?
J: Hubungan saya dengan beliau adalah berterus terang. Dia beritahu saya anda kini Ketua Menteri Sarawak. "Apa sahaja yang anda lakukan, anda bertanggungjawab ke atasnya. Jika anda inginkan nasihat, saya akan beri, saya tidak beritahu anda apa yang perlu dibuat, apa yang anda patut lakukan dan sebagainya, namun saya tidak campur tangan dalam tugas anda sebagai Ketua Menteri, tidak seperti setengah orang yang saya kenal. 'Mungkin dia sendiri mempunyai pengalaman buruk dengan bapa saudaranya (Tun Rahman), dan sekarang saya rasa (Perdana Menteri) Najib mempunyai pengalaman buruk dengan sesetengah "old gentlemen". tetapi saya tidak menghadapi masalah itu.
S: Anda mengamalkan pentadbiran bersih dan telus. Anda menghentikan amalan bahawa mereka yang mempunyai kaitan atau rapat dengan anggota Pentadbiran Negeri mendapat apa yang disebut sebagai layanan istimewa, terutama berkaitan konsesi balak, dan dasar sebelum ini yang memberi konsesi itu secara per se. Boleh anda beritahu kami apakah kesan daripada perubahan dasar ini?
J: Biarlah kita bersikap realistik tentang perkara ini. Kita tidak berupaya membasmi rasuah sepenuhnya. Ia mempunyai kaitan dengan manusia dan oleh itu, anda tidak akan dapat menghapuskannya sama sekali. Tetapi, anda perlu mencuba dengan sedaya upaya anda dan mewujudkan sistem di mana adalah amat sukar bagi seseorang untuk berlaku curang. Ini bukan sahaja persoalan mengenai akhlak atau apa yang betul atau salah, tetapi suatu sistem yang menjadikan amat sukar untuk melakukan rasuah.
Dan, saya dapati ia wujud dalam industri balak, maka saya hentikan konsesi balak. Tidak akan ada lagi konsesi balak secara komersial, kecuali bagi tebus guna tanah untuk pertanian seperti skim Felcra atau skim Felda dan sebagainya, tetapi, pembalakan secara komersial sudah tidak ada lagi. Sebab, itulah yang merupakan lubuk rasuah.
S: Jika direnung kembali, Sarawak tidak mendapat manfaat daripada dasar pembalakan seperti itu.
J: Kami mendapat manfaat kerana industri balak mengambil bekerja lebih 100,000 orang secara langsung atau tidak langsung. Sekiranya industri ini lumpuh, akan berlaku pengangguran secara besar-besaran. Kami perlu cukup berhati-hati dengan dasar ini, tetapi pada waktu yang sama, penekanan perlu diberi terhadap aktiviti hiliran yang mempunyai nilai tambah. Kami tidak mahu sekadar mengeksport kayu balak dan sebagainya seperti yang masih kami lakukan sekarang, tetapi matlamat akhir kami ialah pembalakan tidak akan wujud lagi di kawasan hutan semula jadi. Sekiranya pembalakan masih perlu dijalankan, maka ia perlulah dilakukan di kawasan hutan yang ditanam. Tetapi, kami belum mencapai tahap itu dan sedang menuju ke arah itu.
S. Saya dapati seluruh negara kagum dengan kesan itu serta kemeriahan yang wujud di dalam media hasil ciptaan saudara sejak dua tahun saudara menjadi KM. Sesetengah orang berkata anda berbeza sama sekali daripada Taib... Boleh anda jelaskan tentang gaya atau cara anda sebagai KM dalam memastikan sesuatu itu berhasil bagi negeri seluas Sarawak ini, dengan segala kerumitan serta keunikan masalah dan peluang yang ada?
J: Tidak wajarlah saya menerangkan tentang gaya saya. Saya akan lakukan apa yang saya fikirkan betul, saya akan lakukan apa yang saya fikirkan terbaik dan orang ramai boleh memberi pendapat mereka.
S. Adakah anda mempunyai sebuah pasukan yang menasihati anda?
J: Sudah tentulah saya mempunyai satu pasukan yang baik. Kami mempunyai sebuah Kabinet yang amat rapat dari segi hubungan.
S. Kebelakangan ini, muncul pula sentimen "Sarawak untuk rakyat Sarawak", yang tidak begitu ketara sebelum ini selepas negeri ini serta Malaya dan Sabah membentuk Malaysia. Apakah pandangan anda sendiri tentang fenomena ini? Adakah ia okay untuk negeri ini dan urusan pembinaan negara bangsa dalam jangka panjang?
J: Saya telah nyatakan dengan amat jelas bahawa tidak ada rancangan untuk berpisah daripada Persekutuan. Kami tidak mahu meninggalkan Malaysia... Malaysia akan wujud sampai bila-bila. Tetapi, ini tidak bermakna kami tidak boleh berjuang untuk mendapatkan penurunan kuasa yang telah dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia dan yang terkandung di dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan syor-syornya, Suruhanjaya Cobbold dan Akta Malaysia. Kami mahu agar hak-hak ini, yang kami miliki pada 1963 dahulu, dikembalikan kepada kami. Sebab, sejak beberapa tahun lepas, sepanjang yang melibatkan Sarawak, telah berlaku penghakisan hak negeri. Sebagai contoh, kami bukan sebuah negeri di dalam Malaysia, kami adalah satu daripada pihak dalam pembentukan Malaysia. Perjanjian Malaysia, yang membabitkan Malaysia, telah ditandatangani United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Singapura dan Sarawak. Maka, sekiranya anda hendak menafikan sesetengah negeri daripada hak mereka mengikut Perjanjian Malaysia, maka membuat pindaan perlembagaan sahaja tidak mencukupi kerana ia merupakan perjanjian antarabangsa antara negara berdaulat. Tetapi, cakap-cakap tentang pemisahan itu hanya karut semata-mata.
S. Dalam ucapan pula, anda tidak pernah gagal menyelitkannya dengan jenaka dan komen-komen tajam, contohnya menyifatkan dasar lama tertentu sebagai "bodoh"
J: Apabila saya sebut "bodoh", saya merujuk kepada dasar berkenaan, bukan orang yang menggubal dasar itu. Dan, disebabkan dasar berkenaan, termasuklah keadaan sekejap begitu berkaitan dasar pendidikan, penurunan taraf bahasa Inggeris dan sebagainya, sekarang kita menanggung kerugian, tetapi ia belum lagi terlalu lambat, saya mahu kita, saya mahu rakyat Malaysia, fasih dalam bahasa ibunda masing-masing dan Bahasa Malaysia, iaitu bahasa kebangsaan kita, serta bahasa Inggeris, yang anda sendiri tahu, merupakan bahasa antarabangsa.
S. Tetapi, tidak banyak usaha dilakukan tentang perkara ini...
J: Kami cuba melakukannya sekarang, belum terlalu lewat, kami sedang mencuba, saya berpendapat sudah ada program persekutuan dan negeri, ya, ia akan mengambil masa...
S: Apakah manfaat yang boleh diharapkan rakyat Sarawak dalam bidang pembangunan sosial dan ekonomi hasil daripada transformasi yang anda lakukan terhadap negeri ini, dan daripada cara kerjasama antara Kuching dan Putrajaya yang sedang dijajarkan semula sekarang?.
J: Kami perlu akui bahawa Sarawak tertinggal jauh di belakang negeri lain, terutama di Semenanjung, dan masih banyak yang perlu kami kejar. Mengenai Perdana Menteri sekarang, saya nampak beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin tentang perkara ini, tentang negeri kami, pembangunan sosial dan ekonomi kami, dan beliau sedang berusaha dengan sedaya yang beliau mampu. Sebab itulah saya sokong beliau. Beliau telah membelanjakan berbilion ringgit untuk Sarawak, khususnya bagi Lebuhraya Pan-Borneo, yang melibatkan kos kira-kira RM 16 bilion, walaupun dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak begitu baik. Ketika melakukan tinjauan mesra sahaja, beliau meluluskan projek bernilai hampir RM2.5 bilion. Ini adalah tambahan kepada program pembangunan kerajaan yang lain. Beliau berbuat demikian kerana beliau memahami keadaan kami dan dasar saya serta bersikap mesra terhadap Sarawak. Beliau membantu kami, maka saya mempertahankan beliau.
(Datuk Seri) Najib, anda percaya atau tidak, telah melawat Sarawak 47 kali sejak beliau menjadi Perdana Menteri tujuh tahun lepas. Beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong, tetapi selalu membawa sesuatu untuk kami. Sebab itulah saya menyokong beliau. Saya memperjuangkan kepentingan Sarawak.
S: Jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar di Sarawak masih lebar?
J: Saya selalu berkata, jika anda hendak mencari orang miskin, pergilah ke kawasan luar bandar, kalau hendak mencari orng kaya, pergilah ke kawasan bandar. Bagi orang kaya, mereka boleh jaga diri sendiri. Mereka tidak perlukan lagi bantuan. Kepada orang miskinlah anda perlu beri bantuan. Sebab itulah saya beri tumpuan kepada pembangunan luar bandar, lebih daripada peruntukan biasa. Saya memohon RM1 bilion khusus untuk pembangunan luar bandar agar saya dapat membina lebih banyak jambatan, lebih banyak jalan raya, mewujudkan kemudahan yang lebih baik di luar bandar, yang ketinggalan sejak sekian lama. Saya tidak kata tidak ada pembangunan, ada, tetapi tidak cukup. Oleh itu, kami perlu cuba melakukan lebih banyak lagi, lebih-lebih lagi memandangkan bumi Sarawak ini amat besar dan luas.
S: Saya percaya terdapat elemen keadaan menang-menang di sini. Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Semenanjung sema-sama mendapat manfaat daripada penjajaran semula status hubungan ini?
J: Apabila saya memohon lebih banyak kuasa bagi Sarawak, Kerajaan Persekutuan begitu bekerjasama dan mereka membentuk sebuah jawatankuasa terdiri daripada para pegawai persekutuan dan negeri untuk mengkaji butirannya. Sekiranya Sarawak dikuasai parti pembangkang seperti di Pulau Pinang dan Selangor, saya tidak fikir Kerajaan Persekutuan akan melayan kami. Tetapi, oleh kerana kami berada dalam kelab yang sama, Kelab BN, maka mudahlah untuk kami berbincang.
S: Apakah dasar Sarawak berhubung kemasukan ahli politik pembangkang dari Semenanjung? Sebagai contoh, apakah sebabnya mereka tidak dibenar memasuki negeri ini, atau apakah syarat yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin menemui dan berucap kepada para pegawai dan penyokong parti mereka di negeri ini?
J: Kami tidak mahu petaksub agama dan kami tidak mahu ekstremis. Ini termasuk juga mereka daripada Barisan Nasional dan sudah tentulah juga daripada pembangkang.
S: Ketika kita duduk di sini hari ini, kita semakin dekat dengan pilihan raya negeri 2016. Boleh anda beri penjelasan lebih lanjut atau nyatakan perkembangan terkini mengenainya? Adakah anda membuat sebarang perubahan atau pindaan terhadap jadual asal saudara memandangkan anda berdepan dengan cabaran paling berat setakat ini?
J: Terpulanglah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Mengenai masanya yang saya sebut sebelum ini, ia hanyalah cadangan, keputusan akan dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya.
S: Bilakah anda akan bubarkan Dewan Undangan Negeri?
J: Tugas saya ialah menasihati Gabenor bilakah hendak membubarkannya. Sebaik sahaja dibubarkan, semuanya terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
S: Anda telah menyuarakan sedikit sebanyak kebimbangan tentang trend pengundian dalam kalangan orang Cina?
J: Saya dapati terdapat perubahan iaitu mereka memberi semula sokongan kepada BN disebabkan dasar saya berkaitan orang Cina - satu daripadanya ialah mereka bukan pendatang, selain pengiktirafan terhadap Sijil Pelajaran Bersepadu, penerimaan masuk siswazah Cina ke dalam perkhidmatan awam negeri serta Yayasan Sarawak dan sebagainya. Saya rasa, mereka menerimanya dan saya percaya wujud perubahan minda di pihak mereka, tapi sama ada ia mencukupi atau tidak, saya tak tahu, cuma, yang pasti, memang ada perubahan iaitu peralihan semula sokongan kepada BN.
S: Apakah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kembali sokongan mereka?
J: Kesukarannya ialah ini. Terdapat dua parti berasaskan kaum Cina, SUPP dan UPP. Sekiranya terdapat sokongan semula kepada BN, mereka perlu pastikan parti mana yang hendak mereka undi, UPP atau SUPP, dan perkara ini akan membawa kepada perpecahan antara mereka. Oleh itu, cara paling baik ialah mewujudkan calon BN secara langsung.
S: Adakah mereka (parti komponen BN) menyetujuinya?
J: Sesetengahnya bersetuju dengan berat hati, mereka menerima rasional di sebaliknya.
S: Adakah kerajaan telah melakukan secukupnya untuk kaum Cina?
J: Terpulanglah kepada kaum Cina untuk menilainya kerana saya telah lakukan yang terbaik untuk mereka. Satu daripadanya ialah memberi pengiktirafan kepada mereka. Saya tidak suka meniru sesetengah pihak di Semenanjung Malaysia yang memanggil mereka pendatang. Mereka sudah berada di sini sejak beberapa generasi lepas dan anda sendiri boleh lihat bahawa di Malaysia, terdapat kubur orang Cina di merata tempat. Janganlah beritahu saya orang ini baru meninggal dunia semalam. Itu kubur nenek moyang mereka. Kenapa panggil mereka pendatang?. Mereka bukan dari Bangladesh atau Myanmar dan mereka bukan pendatang tanpa izin. Mereka (kaum Cina) menganggap ini sebagai tanah air mereka. Mereka hanya pergi ke China untuk menziarahi saudara mara mereka yang telah lama terpisah. Selepas itu, mereka pulang. Ini tanah air mereka.
S: Apakah pesanan anda kepada pengundi menjelang pilihan raya negeri Sarawak nanti?
J: Mengundilah dengan bijak. Saya percaya rakyat Sarawak bijak memilih siapakah yang patut membentuk kerajaan ... Saya yakin dengan kebijaksanaan rakyat Sarawak dalam memilih jalan yang betul apabila tiba masanya.
Bernama
Tue Mar 15 2016
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (tengah) ketika ditemubual secara eksklusif hari ini oleh BERNAMA diketuai Pengerusinya Datuk Seri Azman Ujang (berdiri, kanan). - Foto Bernama
Bekas PM Australia kecewa, seru negara keluar dari ICC
Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyeru agar Australia menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Situasi utara Gaza makin memburuk
Keadaan di utara Semenanjung Gaza dilaporkan semakin buruk dari minit keminit terutamanya selepas serangan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza disifatkan hina kemanusiaan - Hamas
Hamas semalam mengutuk serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, dengan menyifatkannya sebagai 'penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa'.
Conor Mcgregor disabit bersalah lakukan serangan seksual
Petinju MMA, Conor Mcgregor, telah diperintahkan membayar ganti rugi EURO248,000 (RM1.23 juta).
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Mangsa menurun 481 orang di enam negeri pagi ini
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat pensyarah didakwa hina Nabi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.
Kritik kerajaan: PKR putuskan nasib Hassan Karim Hari Ini
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim terbuka menerima sebarang tindakan termasuk risiko keahlian digantung dari Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka diputuskan, pada Ahad.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.