KUALA LUMPUR: Ketetapan dasar mengenai peruntukan antilompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri telah dibentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dasar tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik pada 25 Jan lepas.
"Sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan (Ahli) Dewan Negara mengenai peruntukan tersebut diadakan pada hari ini dan semalam di Parlimen.
"Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan wakil-wakil rakyat dan Senator Dewan Negara mengenai cadangan peruntukan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata beliau bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua parti komponen dan ketua parti bagi mendapatkan persetujuan berkaitan dasar dan perundangan yang dicadangkan.
Beliau berkata cadangan mengenai peruntukan itu juga akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik yang dipengerusikan bersama wakil kerajaan dan pembangkang setelah dimurnikan dan dimuktamadkan dengan semua pihak berkepentingan.
Wan Junaidi memaklumkan beliau yakin kedua-dua sesi itu dan sesi-sesi akan datang dapat memberikan penerangan dan maklumat secukupnya kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai cadangan tersebut.
"Pada masa sama, selain pengukuhan inisiatif dwipartisan, ia juga dapat memastikan cadangan peruntukan ini akan disokong dan dipersetujui di Parlimen kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022

Wan Junaidi memaklumkan beliau yakin kedua-dua sesi itu dan sesi-sesi akan datang dapat memberikan penerangan dan maklumat secukupnya kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai cadangan tersebut. - Gambar fail
Penangguhan e-penempatan pegawai perubatan akibat gangguan teknikal serius - KKM
Bagaimanapun, Dr. Muhammad Radzi menegaskan gangguan teknikal berkenaan tiada kaitan dengan insiden serangan siber.

Kes Eda Ezrin: Pendakwa raya belum kemuka rayuan
Keluarga Eda Ezrin berharap pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan agar Eda Ezrin dapat dibebaskan lebih awal.

Sekatan perjalanan bukan cara tingkatkan bayaran balik PTPTN - Zambry
KPT belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN yang gagal membuat bayaran balik.

Polis buru dua tahanan larikan diri di Mahkamah Kuching
Polis sedang memburu dua lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah di Mahkamah Kuching di sini kira-kira 11.30 pagi, 7 Mac lepas.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam beri keterangan
Ismail Sabri keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 4.30 petang selepas memberi keterangan lebih enam jam pada Isnin.
AWANI Ringkas: Rombakan Kabinet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan, timur Semenanjung hingga 23 Mac
Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.
Jangan politikkan had tempoh 10 tahun PM
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan membangunkan negara Madani.
Jelas Anwar, langkah tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur serta mengelakkan pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar mengingatkan segelintir pihak dari blok pembangkang khususnya tidak menjadikan niat murni ini sebagai bahan politik perkauman yang sempit dan dangkal.
Jelas Anwar, langkah tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur serta mengelakkan pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar mengingatkan segelintir pihak dari blok pembangkang khususnya tidak menjadikan niat murni ini sebagai bahan politik perkauman yang sempit dan dangkal.
PM Anwar seru sinergi baharu kerajaan Persekutuan, negeri demi rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerjasama berterusan dan sinergi baharu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Beliau percaya siri pertemuan dan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mengemas kini serta menambah baik perkhidmatan buat rakyat.
Beliau percaya siri pertemuan dan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mengemas kini serta menambah baik perkhidmatan buat rakyat.

Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkauman sempit, dangkal - Anwar
Agenda mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.

Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.

Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.

Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.

Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.