KUALA LUMPUR: Pengukur kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan adalah aspek kesepakatan dan kerjasama sebagai satu kumpulan meskipun jemaah menteri dari parti politik yang berbeza.
Penganalisis Sosiobudaya Prof Mohd Tajuddin Mohd Rasdi berkata naratif bahawa kerjasama sukar dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah tidak tepat berikutan kedua-dua parti itu berkongsi asas 'kepelbagaian budaya' yang sama.
"BN daripada awal merupakan parti berbilang kaum, kita lihat PH juga mempunyai persamaan dengan adanya DAP. Sama juga bagi parti Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Situasi ini pula berbeza bagi Bersatu dan PAS yang lebih kepada satu kaum atau agama. Maka, mustahil jika ketiga-tiga (BN, PH dan GPS) parti yang 'bergaduh' sebelum ini tidak boleh bekerjasama," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membincangkan mengenai topik Kabinet Perpaduan: Kekuatan 28 Portfolio pada program Ruang Bicara terbitan BernamaTV, malam tadi.
Sementara itu mengulas pembentangan usul undi percaya pada Persidangan Dewan Rakyat 19 Dis ini, Mohd Tajuddin berkata semua ahli Parlimen perlu bersatu dan bekerjasama bagi menghadapi 'ujian' pada hari tersebut (19 Dis) dalam usaha menyelamatkan serta memajukan negara meskipun berbeza ideologi dan parti politik.
"Keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan pada 19 Dis ini saya tidak lihat ia keabsahan beliau tetapi itu adalah ujian ahli-ahli Parlimen, adakah mereka bersatu dan bersedia untuk mempertahankan negara. Maka ini adalah ujian kepada mereka dan bukannya Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PEACE Malaysia Dr Zokhri Idris pula berkata pelantikan jemaah menteri Kabinet dilihat tepat berdasarkan latar belakang kepakaran masing-masing.
"Benar terdapat dua kedudukan yang dipertikaikan namun itu tidak boleh menjadi punca dalam menyoal kesesuaian pelantikan jemaah menteri.
"Saya lihat kadar kesesuaian itu tinggi dan (jemaah menteri) diletakkan pada kedudukan kementerian yang betul.
"Saya rasakan masih terlalu awal untuk kita menilai kelompongan yang ada pada kementerian itu kerana posisi pelantikan bagi timbalan menteri itu masih belum lengkap.
"Beri peluang kepada Kerajaan Perpaduan ini menerajui negara," katanya.
Zokhri turut berharap agar jemaah menteri dapat memperlihatkan nilai keterangkuman dan semangat kemuafakatan berdasarkan 'kepimpinan melalui teladan' yang dilihat mampu memberi kesan domino ke arah kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
![Kesepakatan pengukur Kabinet Kerajaan Perpaduan - Penganalisis Kesepakatan pengukur Kabinet Kerajaan Perpaduan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669664207_TBPUTRAJAYAOFFICE.jpg)
Naratif bahawa kerjasama sukar dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah tidak tepat berikutan kedua-dua parti itu berkongsi asas 'kepelbagaian budaya' yang sama. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037929_tbKampungTradisiNe.jpg)
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
![Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720839564_MuhyiddinYassinBe.jpg)
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
![Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720774990_TBFahmi.jpg)
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
![PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718165173_TBpc.jpg)
PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi
Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
![Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720440181_AnwarIbrahimChemo.jpg)
Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.
![Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720255482_JohariAbdGhani.jpg)
Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.
![Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720135535_DatukRRamanan.jpg)
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
![LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.