SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempersoalkan sikap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cukup pantas dan cekap dalam membuat kenyataan mengenai apa-apa isu di Facebook (FB) namun sebaliknya di mahkamah.
“Di FB tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata, perbicaraan Najib di mahkamah pada hari ini merupakan keadaan yang terbaik buat bekas Perdana Menteri itu melampirkan segala hujah dan fakta.
“Inilah tempat terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dia buat selama ini.
“Di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Wilayah Persekutuan dan negeri Johor sebelum ini pernah membongkar skandal kewangan kerajaan bermula National Feedlot Corporation (NFC), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji (TH), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT).
Sinar Harian pada Isnin melaporkan Najib tiba di Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Najib yang tiba di mahkamah dengan memakai sut hitam, ditemani ahli keluarga, rakan dan penyokongnya.
Hadir sama ialah peguam utama Hisyam Teh Poh Teik dan peguam bersama Liew Teck Huat serta M Rueben.
Rafizi berkata, tindakan Najib memainkan sentimen Melayu apabila dirinya ‘terkantoi’ di Mahkamah dan memfitnah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terpalit dengan salah laku rasuah sebagai tindakan yang keji.
“Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.
“Memfitnah Datuk Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk, “ ujar beliau lagi.
Beliau sekali lagi mendoakan agar hakim-hakim-hakim yang jujur dan adil dilindungi Allah.
“Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini,” katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 15 2022
![Kes SRC Najib: 'Di FB tangkas, di mahkamah kalau boleh mahu dipanjangkan' - Rafizi Kes SRC Najib: 'Di FB tangkas, di mahkamah kalau boleh mahu dipanjangkan' - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659841642_TBrafizinajib.jpg)
Kata Rafizi, mahkamah adalah tempat terbaik untuk Najib membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dibuat selama ini.
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi 38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721211198_BNPLabs.jpg)
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639648016_IsmeeIsmail.jpg)
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
![Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi
Suboh berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.
![Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
![Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269168_Najib.jpg)
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
![Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717679544_TanSriIsmeeIsmail.jpg)
Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak boleh membantah arahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649330075_TanSriIsmeeIsmail.jpg)
Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International
Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau adalah 'boneka' Najib dalam melaksanakan strategi pelaburan syarikat itu.
![SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714266965_najib.jpg)
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
![Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690366234_NajibTunRazak.jpg)
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
![Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599046276_MDatukShahrol.jpg)
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.