Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) meskipun berhadapan kes semakan kehakiman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, setakat ini, tiada sebarang arahan daripada pihak mahkamah berhubung perkara itu.
"Setakat ini SPR tidak dapat apa-apa arahan daripada mahkamah, jadi ada apa-apa kita tetap teruskan persediaan.
"Jika terdapat perubahan, ia tertakluk kepada keputusan mahkamah dan bukannya SPR,” katanya.
Terdahulu, sekitar tengah hari tadi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh keputusan cabaran pembubaran DUN, dan meminta 33 wakil rakyat supaya membuat permohonan bertulis untuk tujuan itu pada Rabu.
Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Sabah sementara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendakwa mendapat perkenan daripada Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Kemelut politik di Sabah berlaku susulan Gabungan Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti mudah bersama 32 wakil rakyat lain untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu pada 29 Julai lalu, sebelum membawa kepada pembubaran berkenaan.
Bagaimanapun, dalam sidang media khas SPR hari ini, Azmi mengumumkan 26 September sebagai tarikh membuang undi dengan 12 September penamaan calon.
SPR menyasarkan 70 peratus daripada 1,124,598 pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada PRN Sabah ke-16 kali ini.
Assim Hassan
Mon Aug 17 2020
Azmi berkata, tiada sebarang arahan daripada pihak mahkamah berhubung perkara itu. - Foto Astro AWANI
Presiden Yoon enggan beri keterangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat.
'Elak makan kerang terdampar di pesisir Pantai Sura'
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengambil sampel kerang untuk dianalisis di makmal bagi memastikan tiada biotoksin berbahaya.
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
PRN Sabah tetap diteruskan walaupun kes COVID-19 meningkat - Takiyuddin
Bagi meneruskan PRN Sabah, kerajaan harus menyediakan satu kaedah yang lebih selamat bagi memastikan tiada penularan COVID-19 berlaku di kalangan pengundi.
Kes semakan kehakiman pembubaran DUN: PRN Sabah tetap diadakan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) meskipun berhadapan kes semakan kehakiman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mahkamah tetapkan 21 Ogos keputusan kes cabar pembubaran DUN Sabah
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 21 Ogos depan keputusan sama ada menolak atau menerima kes cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada 30 Julai lalu.
Bubar DUN Sabah: Musa Aman bawa ke mahkamah
Tan Sri Musa Aman, bersama gabungan seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan membawa kes pembubaran dewan negeri oleh Tuan Yang Terutama (TYT) ke mahkamah esok.
Musa Aman nafi dakwaan salah laku ketika jadi Pengerusi Yayasan Sabah
Peguam Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad dalam satu kenyataan petang ini mendedahkan anak guamnya menafikan penglibatan dakwaan salah laku ketika menjadi Pengerusi Yayasan Sabah.
Musa Aman kecewa, arah peguam buat rayuan
Tan Sri Musa Aman melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengekalkan status Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.
Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kesemua kes saman yang dipohon daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ratusan penyokong banjiri KKIA sambut Musa Aman
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.55 tengah hari ini.
Keputusan saman Musa terhadap Shafie ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan kes melibatkan saman bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.