Walaupun kes positif COVID-19 di Sabah menyaksikan peningkatan ketika ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diteruskan, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Kecuali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, sekiranya hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang mencabar perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, memihak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman.
"Undang-undang jelas, bahawa apabila berlakunya pembubaran Dewan, kita perlu adakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari, kecuali kalau sekiranya ada keputusan di sebaliknya.
"Oleh sebab itulah, di mahkamah sekarang ini ada dua kes. Satunya, kes yang mencabar kesahihan pembubaran oleh TYT yang terbaru. Kes yang kedua, kes yang telah lama," katanya, merujuk kepada kes tahun 2018.
Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk Musa, untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran DUN oleh TYT pada 30 Julai lepas.
Hakim menetapkan prosiding berkenaan disambung hari ini.
Namun, kata Takiyuddin, bagi meneruskan PRN Sabah, kerajaan harus menyediakan satu kaedah yang lebih selamat bagi memastikan tiada penularan COVID-19 berlaku di kalangan pengundi.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Bubar DUN - Mahkamah dengar permohonan 33 ADUN hari ini
BACA: DUN Sabah bubar: Ini 10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal
BACA: Bubar DUN Sabah: Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman
Tetapi, tambah beliau yang juga Setiausaha Agung Pas, ia pasti akan melibatkan kos yang sangat tinggi.
"Pokoknya, mahu atau tidak mahu, kerajaan perlu membuat persiapan walaupun di zaman COVID ni.
"Saya pernah jawab di dalam Parlimen, jika sekiranya di seluruh negara dibubarkan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kita terpaksa menyiapkan satu peruntukan yang begitu tinggi.
"Kalau pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kita membelanjakan sekitar RM500 juta, masa ini, kalau seluruh Parlimen dan DUN di Malaysia ini dibubarkan, kita perlu sekitar RM1.2 bilion," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam Perdana Pas yang dihadiri perwakilan dari seluruh negeri Sabah di Dewan Hotel Royal Borneo, malam tadi.
BACA: Kes semakan kehakiman pembubaran DUN: PRN Sabah tetap diadakan - SPR
Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim, Pesuruhjaya Pas Sabah Aminuddin Aling dan Yang DiPertua Pas Tawau Mohamad Husain.
Pas turut mensasarkan beberapa kerusi DUN untuk ditandingi di Sabah pada kali ini, yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Suruhanjaya Pilihan Raya pada 17 Ogos lalu menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah ke-16.
BACA: COVID-19: Rakyat Sabah masih dibenarkan masuk Sarawak - Uggah
BACA: COVID-19: Kes baharu melonjak kepada 62 kes, sebahagian besar di Kluster Benteng Lahad Datu
BACA: COVID-19: 66 kes direkodkan dalam Kluster Benteng setakat ini, kebanyakan libatkan banduan
Sehingga Isnin, daerah Tawau mencatatkan 7 kes baharu dan sebanyak 16 kes sedang dirawat di hospital. Manakala daerah Lahad Datu pula mencatatkan 44 kes baharu dan 52 kes sedang dirawat di wad.
Jumlah kes yang sedang dirawat di hospital seluruh Sabah ialah sebanyak 70, turut melibatkan masing-masing satu kes di Kinabatangan dan Semporna.
Petrus Bernard
Mon Sep 07 2020

Takiyuddin bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Makan Malam Perdana Pas yang dihadiri perwakilan dari seluruh negeri Sabah di Dewan Hotel Royal Borneo, Tawau, malam tadi. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN ke-15.

Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin
Hanya tiga peratus janji yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.

Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.

PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi pembubaran DUN.

PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua kerajaan negeri hanyalah berstatus kerajaan sementara.

PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.