PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan penyokong yang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis untuk memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mula meninggalkan kawasan tersebut.
Puluhan penyokong termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilihat tiba pada jam 3 petang tadi sebelum semakin ramai beransur pulang pada jam 3.20 petang.
Begitupun, masih ada pemimpin yang tiba pada jam 3.30 petang termasuk Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang turut ditemani penyokong Perikatan Nasional (PN).
Berdasarkan temu bual ringkas bersama Saifuddin, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu memberitahu proses siasatan akan mengambil masa yang lama.
"Lama lagi ni…Kami pergi ke Taman Melewar (Gombak) dulu (sertai Solat Hajat). Penyokong pun akan pergi sana.
"Nanti bila Tan Sri (Muhyiddin Yassin) dah selesai, beliau akan terus ke sana," katanya kepada Astro AWANI.
Begitupun, beliau tidak berkongsikan perincian lanjut mengenai program di Taman Melewar itu.
Setakat jam 3.30 petang, kenderaan membawa Muhyiddin masih belum keluar dari bangunan SPRM.
Beliau sebelum itu tiba pada jam 11.15 pagi tadi sebelum masuk ke dalam bangunan pada jam 11.22 pagi bagi memberikan keterangan kepada SPRM.
Ridauddin Daud
Thu Mar 09 2023
Setakat jam 3.30 petang, kenderaan membawa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum keluar dari bangunan SPRM.- Foto Astro AWANI
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.