Gabungan UMNO-PAS tidak akan mengubah haluan dan perjuangan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda Harapan Nasional Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mengulas pemeteraian Piagam Muafakat Nasional antara kedua-dua parti itu hari ini, beliau berkata sebagai sebuah parti politik, tugas hakiki PH adalah mencari jalan yang baik untuk memastikan parti dapat memberi khidmat terbaik untuk rakyat.
"Abaikan perihal parti-parti pembangkang dan tumpukan perhatian kepada prestasi Pakatan Harapan. Janganlah dibazirkan masa dan tenaga berbicara soal dan isu parti lain.
"Masa untuk kita melihat gambaran yang lebih besar iaitu politik matang dan khidmat yang menjurus ke arah penyelesaian masalah untuk membangunkan negara Malaysia yang berbilang kaum," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat bersama tiga lagi pemimpin pemuda PH iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan dan Ketua DAPSY Howard Lee Chuan How.
Syed Saddiq berkata perkara berkaitan peluang pekerjaan kepada rakyat, kualiti kehidupan golongan B40, pemerkasaan kepada belia negara dan penyatuan rakyat Malaysia adalah antara fokus yang harus PH jadikan panduan.
"Pakatan Harapan juga tidak boleh sesekali culas membela masa hadapan Sabah dan Sarawak," katanya.
BACA: Kerjasama politik Pas-UMNO akan diperincikan - Ahmad Zahid
Sementara itu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan tema 'penyatuan ummah' yang dipilih oleh PAS dan UMNO hanyalah untuk kerjasama politik semata-mata.
"Bagaimana mereka hendak angkat tema penyatuan ummah apabila isu PAS yang mengkafirkan UMNO sejak 30 tahun lepas sehingga kini masih belum mempunyai satu solusi yang muktamad dan rasmi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019
SYED SADDIQ: Abaikan perihal parti-parti pembangkang dan tumpukan perhatian kepada prestasi Pakatan Harapan. Janganlah dibazirkan masa dan tenaga berbicara soal dan isu parti lain. - Gambar fail/Astro AWANI
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Kerjasama UMNO-Pas tidak ubah perjuangan PH - Syed Saddiq
Gabungan UMNO-Pas tidak akan mengubah haluan dan perjuangan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda Harapan Nasional Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
UMNO, Pas masih bincangkan nama gabungan - Zahid
Nama khusus bagi gabungan UMNO dan PAS masih di peringkat perbincangan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.