Kerjasama UMNO dengan Pas tidak akan menjadi kenyataan sendainya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak ikhlas dalam kata-kata mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas PRU-13, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Abdul Hamid Jumat berkata, ia sekali gus membuktikan salah seorang atau mungkin kedua-dua pemimpin itu mempunyai lidah bercabang dan misi politik yang membelakangkan UMNO.
"Kesahihan itu terserlah apabila 'roadshow' Mohamed Nazri yang dikatakan diberi restu Ahmad Zahid di beberapa bahagian tidak menggambarkan suara sebenar UMNO.
"Penyatuan UMNO, PKR dan DAP seperti yang diucap Nazri untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak menyebut langsung kerjasama dengan Pas. Ini disahkan oleh mereka yang menghadiri perjumpaan itu.
"Ia bercanggah dengan ucapan Ahmad Zahid sendiri semasa himpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka baru-baru. Beliau mahu Pas dan UMNO bersatu mulai sekarang," katanya semasa ditemui pada Isnin.
Ketua Pemuda UMNO Ampang, Zulkifli Rajalie mempertikai kerjasama UMNO dan DAP seperti yang dicadangkan Mohamed Nazri dalam satu pertemuan bersama akar umbi UMNO baru-baru ini. - Sumber YouTube DramaOne
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, UMNO akan meneruskan kerjasama dengan Pas berhubung isu membabitkan Islam.
Jelas Ahmad Zahid, UMNO dan Pas akan terus bekerjasama jika ada isu babitkan Islam dan Melayu.
Dalam pada itu kata Tengku Putra, situasi kini menjadi waktu paling sesuai untuk UMNO menjalin semula hubungan bersama Pas.
Jelasnya, kerjasama itu memberi impak positif untuk penyatuan Melayu pada Plihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
"Sedia maklum, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah berpesan supaya Pas berhati-hati dengan UMNO namun gelombang kebangkitan kini menjadi bukti kerjasama itu bukan lagi mustahil.
"Maka kita tidak mahu ada di kalangan pemimpin UMNO yang menjadi dalang membawa suara DAP melacuri penyatuan kuat ummah yang baru terjalin ini di kalangan UMNO dengan Pas, lebih-lebih lagi selepas perhimpunan ummah yang terbesar dibuat baru-baru ini.
"Lidah bercabang di antara mereka berdua ini akan menjadi penghalang dan menimbulkan kesangsian Pas untuk melihat penyatuan itu berlaku menjelang PRU15 kelak," katanya.
Ucapan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di himpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka baru-baru. - Sumber YouTube DramaOne
Dalam pada itu, Tengku Putra turut menasihati Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sedia ada untuk bersikap lebih tegas selepas melihat tingkah laku Ahmad Zahid dalam isu kerjasama dengan DAP seperti dinyatakan wakil yang direstuinya ke bahagian-bahagian UMNO.
“Mengapa minggu di mana kita kehilangan ramai ahli Parlimen UMNO, mesyuarat MT pula ditangguhkan ke satu hari yang akan diumum kemudian? Mana 'sense of urgency' MT pada hari ini?
"Mengapa ada individu-individu di dalam MT menggunakan bahasa berkias mengatakan memang ada masalah dalam kepimpinan sementara ada pula yang meminta di belakang tabir agar akar umbi pula yang bertindak?
"Bukankah mereka (ahli MT) yang diberi kepercayaan dan mandat untuk membetulkan keadaan dari atas sekali gus melakarkan arah tuju parti untuk kita semua?" soalnya.
Tengku Putra turut berharap ada satu penjelasan mengenai agenda sebenar yang dibawa Ahmad Zahid.
"Adakah dia mahu bekerjasama dengan Pas atau DAP? Buat masa ini, kedua-duanya umpama minyak dengan air yang tidak boleh bercampur.
"Jika ada salah dari segi orang yang diberi restu telah bercakap bagi pihak Ahmad Zahid, maka haruslah diambil tindakan yang sewajarnya supaya akar umbi tiada was-was lagi di atas hala tujunya untuk kita.
"Apa yang penting, kita kukuhkan parti dan menjadi pembangkang yang kuat demi mencapai hasrat rakyat yang memberi kita kepercayaan tanpa meminta sedekah untuk memasuki Kerajaan melalui pintu belakang," tegasnya.
Dalam pada itu, Tengku Putra juga meminta Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memainkan peranan sewajarnya sama ada secara terbuka atau tertutup untuk mencari 'jalan terhormat' bagi menyelamatkan parti.
BACA: Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
BACA: UMNO patut ada Presiden baharu sebelum 2019 - Zulkifli
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Ampang, Zulkifli Rajalie meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatannya selewat-lewatnya sebelum fajar tahun baharu 2019 lantaran gagal memberi hala tuju kepada parti selepas PRU ke-14.
Zulkifli menegaskan, Ahmad Zahid juga seharusnya menyedari beliau tidak lagi mendapat kepercayaan dari pemimpin dan ahli akar umbi untuk mengemudi parti ke arah yang lebih baik.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang enggan tunduk kepada desakan meletak jawatan segera dilaporkan, mengulangi pendirian kerjasama antara UMNO-Pas, tetapi menolak DAP.
Katanya, parti itu tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam-Melayu, sama ada yang dilakukan secara halus atau terang-terangan.
Astro Awani
Mon Dec 17 2018
TENGKU PUTRA: Kita tidak mahu ada di kalangan pemimpin UMNO yang menjadi dalang membawa suara DAP melacuri penyatuan kuat ummah yang baru terjalin ini di kalangan UMNO dengan Pas. - Gambar fail
Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar
Beliau berkata, ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama.
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.
Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar
Beliau berkata, ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesihatan Prabowo: Teddy Indra Wijaya perlu telus tentang situasi sebenar
Percanggahan alasan dari Setiausaha Kabinet Indonesia tentang pembatalan lawatan Prabowo menimbulkan persoalan di kalangan media
Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa
Beliau mendoakan agar mereka yang terkorban diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.