KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas dilihat telah memberi kesan dan mempengaruhi corak pola pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri semalam, kata Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani.
"Saya rasa ada pencapaian tertentu yang berjaya dicapai oleh kerjasama antara PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional), namun ada juga kawasan yang kita jangka dengan kerjasama ini dapat menang lebih besar, tetapi ia tidak pula berlaku," katanya ketika menjadi tetamu pada Program 'PR6N: #AndaPenentu' terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata, kerjasama yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan selepas PRU15 itu dilihat masih belum memberi impak secara langsung kepada pengundi di negeri-negeri Pantai Timur, untuk memilih mereka.
Katanya, penentu kepada kemenangan sesebuah parti adalah golongan muda, namun berdasarkan trend pengundian di enam negeri semalam sokongan golongan itu dilihat masih tidak menentu, berubah-ubah dalam membuat keputusan pihak mana yang hendak disokong.
Sementara itu, Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Azwan Abd Rahman berkata, BN-PH perlu melihat kembali kaedah berkempen, terutama di negeri-negeri di Pantai Timur.
Beliau berkata, golongan muda di negeri berkenaan secara umumnya melihat BN-PH lebih banyak membawa isu-isu nasional dan kurang mengetengahkan isu-isu setempat.
"Kalau lihat isu-isu yang dibawa adalah bersifat nasional dan kabur daripada isu setempat. Perkara itu menenggelamkan minat dan kepentingan anak muda di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mereka tidak nampak apa BN-PH tawarkan kepada mereka (dalam manifesto), kerana ia lebih kepada isu nasional," katanya.
Beliau berkata, apapun kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu menghormati keputusan rakyat dan bekerjasama dalam membantu mereka agar negara lebih maju. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas dilihat telah memberi kesan dan mempengaruhi corak pola pengundian pada Pilihan Raya Negeri enam negeri semalam. - Gambar hiasan BERNAMA
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.