Keputusan pemilihan Sayap-sayap Pergerakan UMNO bagi penggal 2018/21 ini menunjukkan parti sudah bersedia untuk membuat pembaharuan, seterusnya memastikan ianya terus relevan dalam pentas politik tanah air, kata Pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya lagi, pemilihan itu memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif, yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan.

“Pemilihan terbuka di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding semua jawatan. Keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu yang diputuskan oleh UMNO baru-baru adalah 'mother of all democracy' dalam sejarah pemilihan UMNO sejak 1988.

“Inilah pembaharuan UMNO sekarang. Inilah langkah pertama menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air,” katanya lagi.



BACA: Keputusan muktamad pemilihan sayap UMNO 5 petang Ahad

BACA: Pemilihan UMNO 2018: Dr Asyraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO baharu

Ahmad Zahid, yang juga bakal dicabar Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden, menyeru agar kesemua ahli parti untuk terus berusaha memperkukuhkan dan merelevankan UMNO di hati rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Bumiputera.