Pengumuman peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei dari DAP lewat malam tadi, telah mengejutkan ramai pihak namun ia juga sesuatu yang perlu difikirkan tentang cara parti itu menangani perbezaan pendapat.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata beliau bersetuju dengan dakwaan Wong bahawa DAP terus menggunakan politik untuk melancarkan serangan walaupun mereka menjadi sebahagian daripada pemerintah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.
"YB Wong meminta kita untuk berfikir dengan menyuarakan kekecewaannya atas keengganan DAP untuk mendengar suara yang tidak berpuas hati dengan parti itu dan kurangnya pendekatan inklusif dalam pendapat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wong mengumumkan keputusannya untuk keluar parti DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, memetik bahawa beliau muak dengan politik dalaman parti yang semata-mata bertujuan mencari survival, yang telah benar-benar menyimpang daripada perjuangan ketika beliau mula menyertai parti pada tahun 2006.
"Ia adalah sesuatu yang memeritkan apabila mengingatkan DAP. Saya berpendapat bahawa parti telah hilang peluang yang besar ketika mentadbir negara di peringkat Persekutuan untuk merealisasikan idea dan impian kami menjadi kenyataan," katanya.
Wong yang menang kerusi Padungan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada tahun 2016 berkata semasa pemerintahan 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, apa yang dikatakan di hadapan rakyat dan apa yang DAP janjikan kepada rakyat hanyalah sia-sia.
Beliau berkata ketika DAP adalah pembangkang, mereka telah melancarkan banyak serangan politik dan terus melakukannya ketika mereka menjadi sebahagian daripada gabungan pemerintah.
"Politik Sarawak memerlukan tindakan positif untuk melihat negeri Sarawak terus melangkah ke hadapan," katanya.
Memandangkan beliau telah terpilih sebagai ADUN Padungan di bawah tiket DAP, Wong berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat DAP untuk kawasan itu sehingga tempohnya berakhir.
"Saya tidak mempunyai rancangan untuk menyertai parti politik lain dan tidak akan bertanding dalam pilihan raya dalam waktu terdekat. Saya mahu memberi tumpuan dalam bidang guaman dan beri lebih banyak masa kepada keluarga... saya tidak berhajat untuk mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang," kata Wong dan turut melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP Sarawak susulan peletakan jawatannya.
Setakat ini, pemimpin DAP Sarawak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung peletakan jawatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 27 2020
Dr Sim bersetuju dengan dakwaan Wong bahawa DAP terus menggunakan politik untuk melancarkan serangan walaupun mereka sebahagian kerajaan PH sebelum ini.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.