Pemuda UMNO Kedah menarik nafas lega melihat pembentukan barisan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang disifatkan tidak serius dan diwujudkan secara ala kadar semata-mata.
Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada masa sama, barisan itu dilihat tindakan tergesa-gesa dan seumpama pepatah melepaskan batuk di tangga.
"Bagi Pemuda UMNO Kedah, pembentukan barisan kepimpinan baru PPBM adalah sekadar ingin memperlihatkan PPBM ini kononnya sudah ada struktur dan bersedia untuk mengambil bahagian di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Hakikatnya PPBM akan terus menerus terpaksa menagih ihsan daripada pakatan pembangkang yang lain dan pada masa sama terpaksa bergantung kepada naratif negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menarik sokongan rakyat," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Shaiful Hazizy berkata demikian ketika mengulas senarai Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang diumumkan pada Rabu.
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman turut dinamakan sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden bagi PPBM.
Selain Abdul Rashid, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan Datuk Abdul Rashid Asari turut dilantik sebagai Naib Presiden.
Dalam pada itu tegas Shaiful Hazizy, pihaknya juga yakin PPBM tidak akan mampu menempatkan diri mereka dalam kalangan parti pembangkang yang lain.
"Dengan struktur goyah ini, kita percaya mereka hanya sekadar akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai 'penambah perisa' di majlis-majlis ceramah dan program-program tertentu.
"Hakikatnya, PPBM hanya akan menjadi 'penumpang' di dalam gerakan yang dikatakan mahu menjatuhkan Kerajaan pada PRU ke-14 kelak," jelasnya.
Ujar Shaiful Hazizy, pihaknya amat yakin terhadap peranan Barisan Nasional (BN) yang amat konsisten dalam peranannya membela rakyat sekali gus mampu menjadi pilihan rakyat pada PRU akan datang.
"Namun, kita menyeru ahli UMNO agar tidak sama sekali gentar dgn 'acah-acah PPBM yang sama sekali tidak akan mendatangkan kesan.
"Ahli UMNO harus bertindak 'menyerang dan sama sekali bersifat rendah diri terhadap parti 'pondok-pondok' ini," katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa melahirkan keyakinan PPBM tidak mampu menawarkan kelebihan kepada pakatan pembangkang berikutan masih dalam situasi 'cuba mencuba' malah tidak ubah seperti berada di alam fantasi.
Katanya, ini berbeza dengan BN yang berada di alam realiti, malah sudah puluhan tahun mencapai persefahaman yang jitu bersama-sama parti komponen yang lain.
Wan Syamsul Amly
Fri Nov 04 2016

SHAIFUL HAZIZY: Bagi Pemuda UMNO Kedah, pembentukan barisan kepimpinan baru PPBM adalah sekadar ingin memperlihatkan PPBM ini kononnya sudah ada struktur dan bersedia untuk mengambil bahagian di dalam PRU akan datang.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.