Nama Datuk Noriah Mahat, 65, mungkin kedengaran asing bagi mereka yang tinggal kawasan bandar tetapi pemimpin wanita ini sebenarnya dikenali dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir.
Kemesraan yang terjalin bersama penduduk Bukit Pasir itu jelas kelihatan ketika beliau mengadakan sesi sembang santai bersama penduduk kampung.
Gerak kerjanya mudah, dia melakukan lawatan rumah ke rumah bertanyakan apa masalah penduduk, melawat mereka yang uzur dan membantu mereka yang ditimpa kecelakaan.
Raut wajah dan tutur katanya sangat ikhlas serta jujur mahu mengetahui sekali gus berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.
Malah, para penduduk yang ditemui tidak menunjukkan sebarang tanda 'bermuka-muka' untuk melayan pemimpin wanita itu sebaliknya keakraban cukup kelihatan.
Ujar Noriah, pendekatan sentuhan penuh keibuan dalam kumpulan kecil ini telah dilakukan sejak PRU13 dan disebabkan itu beliau yakin mampu merampas kembali kerusi DUN Bukit Pasir daripada PPBM.
"Program gerak mesra ini hanya boleh dilakukan oleh wanita, walaupun ada pihak yang menidakkan kemampuan wanita tetapi sebenarnya pergerakan wanita inilah yang menjadi tulang belakang kepada banyak aktiviti.
"Saya dengan orang Bukit Pasir ini tidak asing lagi, mereka ini sebahagian besarnya mengenali saya. Saya yakin BN boleh menang di kawasan ini pada 9 Mei nanti," katanya.
Tambahnya, pengundi kini lebih bijak dalam membuat keputusan memilih wakil rakyat terutama daripada parti yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Kerusi DUN Bukit Pasir bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Noriah dan calon PAS Najib Lep.
Hakim Rahman
Sun Apr 29 2018

Kemesraan yang terjalin bersama penduduk Bukit Pasir itu jelas kelihatan ketika beliau mengadakan sesi sembang santai bersama penduduk kampung. - Foto Astro AWANI/ Hakim Rahman

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir
Nama Datuk Noriah Mahat, 65, mungkin kedengaran asing bagi mereka yang tinggal kawasan bandar tetapi pemimpin wanita ini sebenarnya dikenali dalam kalangan penduduk di DUN Bukit Pasir.