Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mahu bertindak 'di luar jangkaan' bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai menghasut, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata Dr Mahathir pada Ahad lepas ketika perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Dia (Dr Mahathir) bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk melakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan.
"Tidakkah tindakan itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu yang ingin melakukan perkara 'outside the box' bagi menjatuhkan Najib.
Justeru, Nur Jazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terhadap pelbagai kenyataan dikeluarkan Dr Mahathir yang secara berterusan mahu menjatuhkan perdana menteri.
"Apa yang dilakukan Dr Mahathir hanya mahu mendapatkan publisiti dan demi kepentingan politik semata-mata.
"PDRM sedang siasat. Lagi banyak beliau perkatakan lebih banyak kesilapan beliau akan buat dan lebih banyak bahan untuk polis siasat," katanya.
Nur Jazlan berkata walaupun negara mengamalkan kebebasan bersuara dan berhimpun namun jika didapati perhimpunan yang diadakan berniat menimbulkan huru-hara atau menjatuhkan mana-mana pemimpin maka polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.
"Jika siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kami akan mengambil tindakan," katanya.
Mengenai tindakan anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), Nur Jazlan berkata PDRM telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.
"Serah kepada polis untuk siasat dahulu sama ada maklumat yang Rafizi dedahkan itu adalah benar di bawah OSA. Kalau benar, maka kami boleh ambil tindakan. Kena siasat dahulu dan ambil masa," katanya.
Nur Jazlan juga berkata kerajaan sedang menyemak untuk meminda OSA bagi memperkemaskan peruntukan sedia ada di dalam akta itu memandangkan sikap endah tidak endah sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan OSA.
Bernama
Tue Mar 29 2016
![Kenyataan Mahathir mahu jatuhkan Najib dianggap menghasut - Nur Jazlan Kenyataan Mahathir mahu jatuhkan Najib dianggap menghasut - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81438100357_NurJazlan.jpg)
NUR JAZLAN: Dia (Dr Mahathir) bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk melakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan. -Gambar fail
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Perkembangan Kisona harus digilap - Roslin Perkembangan Kisona harus digilap - Roslin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576195466_SKisona.jpg)
Perkembangan Kisona harus digilap - Roslin
Bagi Roslin, bakat yang ada pada Kisona harus digilap dan BAM perlu mengambil langkah segera bagi memastikan pemain itu akan dapat membuat kejutan di arena antarabangsa.
![Kenyataan Mahathir mahu jatuhkan Najib dianggap menghasut - Nur Jazlan Kenyataan Mahathir mahu jatuhkan Najib dianggap menghasut - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81438100357_NurJazlan.jpg)
Kenyataan Mahathir mahu jatuhkan Najib dianggap menghasut - Nur Jazlan
Tindakan Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan mahu bertindak 'di luar jangkaan' bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai menghasut.