Kempen undi rosak yang dijalankan oleh beberapa belia bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai satu kempen yang tidak bertanggungjawab, kata kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM).
Ketua Penerangan GB4BM, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, "Golongan yang menjalankan kempen undi rosak ini tidak sedar tentang tanggungjawab mereka untuk memilih pemerintah atau kerajaan.
"Saya berharap golongan belia tidak terpengaruh dengan kempen seperti ini yang amat menjijikkan.
“Apabila kita (belia) mencecah usia 21 tahun, kita keluar dan pergilah mengundi untuk memilih kepimpinan yang terbaik," jelas beliau lagi.
Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila kempen #UndiRosak tular dan kian mendapat sokongan terutama sekali golongan belia yang tidak menyokong tawaran yang diberikan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14.
Sementara itu, Presiden GB4BM, Mejar (K) Mohd Nizam Omar berharap golongan belia yang layak mengundi akan keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negara.
“Kami mengambil inisiatif dengan berjumpa dengan para ahli GB4BM daripada semua peringkat agar mendaftarkan diri sebagai pengundi.
“Perkara paling penting ialah, mereka perlu keluar mengundi dan tidak mensia-siakan tanggungjawab tersebut,” kata Mohd Nizam ketika sidang media mengenai program terbaru GB4BM hari ini.
Pada majlis tersebut, GB4BM mengumumkan akan mengadakan program Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibbah 2018 yang bakal diadakan pada 10 hingga 11 Feb di Banghuris Homestay, Sepang.
Mohd Nizam menyasarkan, 300,000 ahli seluruh Semenanjung Malaysia akan hadir supaya semangat setiakawan dan muhibbah antara ahli dikukuhkan.
Zaim Ibrahim
Tue Jan 30 2018

(Dari kiri) Fahami Ashrof, Mohd Nizam dan Ketua Sekretariat Hari Gerakan Belia 4B dan Karnival Sukan Muhibbah 4B Malaysia, Mohamad Nazri Abd Latiff ketika sidang media hari ini. - Astro AWANI

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pertimbang insentif buat majikan gaji belia autistik, taska untuk anak bawah dua tahun
Langkah itu perlu bagi mengatasi isu kerjaya dalam kalangan golongan istimewa dan berkeperluan khas di Malaysia.

Kempen #UndiRosak tidak bertanggungjawab - Gerakan Belia 4B Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia berharap golongan belia tidak terpengaruh dengan kempen #UndiRosak yang amat tidak bertanggungjawab.