Ketika permukiman pemimpin Malaysia-Singapura kali ke sembilan berlangsung di Putrajaya pada 8 dan 9 April lepas, tumpuan media pada minggu ini seharusnya ke arah analisis dan laporan susulan mengenai isu-isu berbangkit.
Namun, pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang 9 April itu, nyata hampir melenyapkan isu mengenai permukiman yang diketuai pemimpin tertinggi eksekutif kedua-dua negara.
“Menteri Besar Johor telah letak jawatan semalam, dengan surat kepada saya, dan akan menghantar surat juga kepada Sultan Johor. Tentang siapa penggantinya kita belum tentukan tetapi mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada Parti Bersatu” - Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA: Osman Sapian letak jawatan Menteri Besar Johor
BACA: Infografik Biodata Osman Sapian
BACA: Osman Sapian: MB Johor paling singkat tempoh pentadbiran
Ditanya mengenai sebab utama Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas itu meletakkan jawatan, Tun Mahathir berkata beliau tidak akan mendedahkannya.
Siapa berhak dalam melantik Menteri Besar?
Persoalan itu asalnya menjadi perbincangan utama laporan media yang ada, namun timbul pula pertanyaan, adakah peletakkan jawatan itu mengikut nas-nas yang sepatutnya, atau erti kata mudah, adakah ia mengikuti peruntukan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895?
Berbondong-bondong pakar dan peguam perlembagaan mempertahankan hujah masing-masing iaitu:- Sultan mempunyai kuasa atau tidak dalam isu perlantikan Menteri Besar yang baharu.
“Kembali pada asal, Undang-undang Tubuh yang telah diluluskan pada 14 April 1895, Perkara 34 yang menjelaskan adapun hal memilih Menteri Besar semata-mata hak bagi Raja.
“Dan hal memilih Naib Menteri Besar, juga keputusan Jemaah Menteri tetapi mendapat perkenan terlebih dahulu (dari Raja) barulah disahkan sebagai Naib Menteri Besar atau orang sekarang panggil sebagai Pemangku Menteri Besar,” kata pakar Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Prof Madya Dr Kassim Thukiman dari Universiti Teknologi Malaysia.
Jika diberi alasan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah undang-undang tertinggi negara ini, bagaimana pula jika dibaca hak Raja atau Sultan bersekali dengan Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan (Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri)?
Yang mana ia menyebut:- “Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu;
“Tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu”
Tidakkah secara terang dan nyata, Perlembagaan Persekutuan sendiri menjamin Hak-hak Tuanku mengikut Perlembagaan Negeri, atau dalam konteks ini, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895?
Ini masih terbuka untuk didebatkan.
Mengapa Osman Sapian mengundur diri?
Selama beberapa hari berada di bumi Selatan ini, akhirnya menemukan Astro AWANI dengan beberapa sumber yang rapat dengan Istana Pasir Pelangi dan juga Permata Mahkota (gelaran bagi pusat pentadbiran Kerajaan Johor)
Sumber, yang merupakan seorang pegawai kerajaan memberitahu, terdapat gerakan dari luaran dan dalaman untuk meningkatkan tekanan agar ADUN Kempas itu mengundurkan diri, baik dari Putrajaya, mahupun dari dalam parti Osman sendiri.
Malah, difahamkan, sewaktu pertemuan antara Perdana Menteri dan Tuanku Sultan pada Januari lepas, konsensus telah dicapai agar Menteri Besar perlu ditukar, atas beberapa alasan tertentu.
Dan sumber itu turut memaklumkan, terdapat juga di kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu sendiri yang cuba menjatuhkan Pengerusi Pakatan Harapan Johor itu, dengan cara yang cukup tipikal.
Menjaja cerita dan memburuk-burukkan prestasi menjadi modus operandi, sehingga sampai ke pengetahuan Tuanku Sultan.
Lebih menarik, individu itu bukan calang-calang, bukan ahli biasa, sebaliknya merupakan seorang ADUN dan juga salah seorang ahli Majlis Kerajaan Negeri.
Apa kata-kata di dalam Istana Pasir Pelangi?
Sudah terang dan jelas, peletakkan jawatan seseorang Menteri Besar haruslah mendapat perkenan dari Tuanku Sultan, kerana hanya Baginda sahaja mempunyai prerogatif untuk berbuat demikian.
BACA: Titah untuk tukar Menteri Besar Johor sudah lama dibuat - TMJ
BACA: TMJ bebas kritik kerajaan, tetapi jangan langgar undang-undang - Tun M
Sumber memberitahu, Tuanku sebenarnya sudah melihat dan membaca surat peletakan jawatan Osman pada hari yang sama Osman menghantar surat kepada PM.
Namun Osman masih perlu mengadap Tuanku sebagai formaliti peletakan jawatan beliau untuk diperkenan Tuanku.
“Pada hemat saya, apabila Datuk Osman mengumumkan peletakan jawatan, sepatutnya benda itu juga harus disekalikan dengan watikah yang sama disampaikan pada Sultan.
“Sebab sebarang keputusan berkaitan kedudukan penjawat Johor, mesti mendapat perkenan dari Tuanku Sultan,” kata Dr Kassim ketika ditanya mengenai perkara itu.
Dikatakan ada cubaan dari kalangan ahli Mesyuarat Majlis Negeri memujuk agar Menteri Besar itu membatalkan hasratnya untuk berundur.
Antara nama yang disebut sumber Permata Mahkota ialah:- ADUN Bukit Kepong merangkap Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal; ADUN Paloh merangkap Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif, Sheikh 'Umar Bagharib Ali; ADUN Johor Jaya merangkap Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liow Cai Tung; serta ADUN Bukit Batu merangkap Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse.
Menariknya, seorang daripada nama di atas turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar baharu iaitu Dr Sahruddin (Bersatu) yang dikatakan anak didik Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, Mohd Khuzzan, turut dikatakan mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor atas usahanya meningkatkan infrastruktur dan pembangunan belia di negeri ini.
BACA: Siapa bakal duduki kerusi panas MB Johor?
BACA: Saya masih lagi MB Johor - Osman
Bagaimana dengan UMNO Johor?
Sejak beberapa hari lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir. Hasni Mohammad yang juga ADUN Benut, dengan terbuka mengatakan beliau akan cuba mendapat perkenan Tuanku Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor.
Pada malam 12 April, sejurus Sultan Johor tiba di Istana Pasir Pelangi selepas kembalinya dari luar negara, Hasni dimaklumkan telah pergi ke Istana Pasir Pelangi bagi mengadap Tuanku dan menyampaikan sepucuk surat meminta perkenan.
Sumber Istana memberitahu, ADUN Semerang Datuk Samsolbari Jamali, serta bekas Ahli Parlimen Pulai merangkap Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menyertai Hasni mengadap Tuanku Sultan.
Astro AWANI turut berpeluang melihat kandungan surat itu, yang antara lainnya menyebut:-
“Pertama, Kerajaan Negeri sedia ada kelihatan tidak berkeupayaan mentadbir Negeri Johor. Insiden demi insiden telah memperlihatkan bahawa Mantan YAB Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri tidak mempunyai hala tuju dan perancangan yang baik berhubung kepentingan strategik negeri. Sedangkan negeri ini diambil alih oleh mereka dalam keadaan yang teratur dan tidak mempunyai masalah yang besar”
“Kedua, dengan mengadakan Pilihan Raya Negeri, Johor dapat mengelakkan episod-episod perebutan kuasa dalam pelbagai kem politik yang berkepentingan peribadi. Hanya dengan mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat, ia membuktikan bahawa Negeri Johor adalah negeri yang sangat berpegang kepada amalan demokrasi dan mengangkat nilai-nilai demokratik dalam pengurusannya.”
UMNO Johor difahamkan akan cuba meminta perkenan Tuanku Sultan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin, yang juga ADUN Gambir sebagai Menteri Besar yang baharu, dan seterusnya memperkenankan pembubaran DUN, selari dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Difahamkan juga, Osman akan mengadap Tuanku Sultan di Istana Pasir Pelangi pada pukul 8.30 pagi, 13 April bagi menyampaikan surat peletakan jawatan untuk diperkenankan, dan seterusnya menyerahkan tiga nama pilihan untuk dipertimbangkan Baginda sebagai calon Menteri Besar baharu.
Seterusnya, beliau dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar di Kempas bagi mengumumkan perkembangan terbaharu berhubung isu ini.
Seperti yang Dr Kassim nyatakan, hal pelantikan ini seharusnya mengelakkan perselisihan antara Persekutuan dan Negeri, sebaliknya mengutamakan konsep ‘Muafakat itu Berkat.
Ini kerana, jelasnya lagi, apa yang penting Menteri Besar itu tahu peranan dan hala tujunya dalam memastikan Johor itu kekal progresif selain memastikan kepentingan rakyatnya terus menjadi keutamaan.
Firdaus Azil
Fri Apr 12 2019
Osman akan mengadap Tuanku Sultan di Istana Pasir Pelangi pada pukul 8.30 pagi, 13 April bagi menyampaikan surat peletakan jawatan. - Foto fail
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Sahruddin perlu laksana tugas dengan tegas demi rakyat - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dengan tegas dalam membela nasib rakyat.
Cadangan UMNO Johor bubar DUN tidak masuk akal - Osman Sapian
Datuk Osman Sapian berpendapat tindakan UMNO Johor hantar surat kepada Sultan Johor untuk bubarkan DUN hanyalah sekadar gimik politik.
Sultan Johor titah MB baharu perlu tukar barisan Exco - Osman
Sultan Johor meletakkan syarat terhadap Menteri Besar baharu agar melakukan perubahan struktur ke atas Majlis Mesyuarat Negeri.
Kemelut isu Menteri Besar Johor, dan cerita disebaliknya
Wujud gerakan dari luaran dan dalaman agar ADUN Kempas itu mengundurkan diri, baik dari Putrajaya, dan Bersatu sendiri.
Bencana Kim Kim: MB Johor perjelas lawatan ke Batam
Osman mendapat kecaman daripada pelbagai pihak kerana melakukan lawatan berkenaan semasa isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang itu dilihat masih belum selesai.
Johor tolak pesta arak
Kerajaan negeri sejak dahulu tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta arak.
Penjaja kecil di Johor tidak perlu bayar lesen mulai September
Lebih 20,000 penjaja kecil Johor di bawah 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menerima manfaat daripada pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 1 Sept ini.
Air percuma di Johor tidak memberi kesan kepada rakyat - ADUN Benut
Kerajaan negeri sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu berhubung perkara itu biar pun mahu menunaikan janji yang dibuat Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).