Lebih 20,000 penjaja kecil Johor di bawah 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menerima manfaat daripada pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 1 Sept ini.
Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kedudukan kewangan kerajaan negeri yang kukuh diyakini dapat menampung dan tidak menjejaskan hasil PBT di negeri ini.
Katanya, pengecualian bayaran lesen penjaja diberikan kepada semua jenis lesen penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan di pasar malam, pasar sehari atau pagi, penjaja bergerak, penjaja statik dan semua peniaga Bazar Karat.
Dianggarkan pengecualian bayaran lesen penjaja bagi tahun ini membabitkan nilai lebih RM2.11 juta.
"Bagi menampung kehilangan hasil PBT Johor, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kepada PBT dalam bentuk Geran Keseimbangan dan peruntukan pembangunan bagi PBT melaksanakan pelbagai projek dan programnya.
"Jumlah penyaluran peruntukan bagi tujuan menampung kehilangan hasil PBT adalah berdasarkan jumlah sebenar pengecualian lesen penjaja pada tahun lepas iaitu sekitar RM1.96 juta," katanya.
Osman berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran pengecualian bayaran lesen penjaja negeri Johor, di Jalan Segget, di sini malam ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Johor Tan Hong Pin.
Beliau berkata bagaimanapun, bagi hasil lesen penjaja yang sudah dikutip sebelum tarikh penguatkuasaan pengecualian itu, ianya tidak akan dikembalikan.
"Pengecualian itu hanya membabitkan bayaran lesen, namun, syarat lesen dikeluarkan PBT wajib dipatuhi.
Perlu difahami di sini bahawa semua penjaja tetap wajib membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan lesen daripada PBT untuk berniaga bagi tujuan pemantauan serta penguatkuasaan dan pematuhan syarat lesen," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
Lebih 20,000 penjaja kecil Johor di bawah 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menerima manfaat daripada pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 1 Sept ini. Foto: Bernama
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil di Johor tidak perlu bayar lesen mulai September
Lebih 20,000 penjaja kecil Johor di bawah 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menerima manfaat daripada pengecualian bayaran lesen penjaja bermula 1 Sept ini.